Monday, December 28, 2009

Sem baru, semangat baru...!

assalamualaikum

masih belum terlambat lagi rasanya untuk penulis mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Bulan Muharram agak special bagi umat islam iaitu berlakunya banyak peristiwa yang penting dalam sejarah islam seperti hijrah dan tidak lupa pula hari As-Syura pada 10 Muharram. Kebanyakkan umat islam berpuasa sunat pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram. Walaupun penulis tidak mengetahui dalil-dalil tentang puasa pada hari as-Syura , penulis yakin ada hikmah kenapa kita disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.

Pagi tadi, kuliah bagi sem 4 telah pun berjalan seperti biasa dan memeranjatkan sebab kami telah diberi kerja rumah pada hari pertama kuliah(apalah nasib badan...)

(Library! inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki di library untuk tahun 2009)

Seperti biasa, bila buka jer sem baru, para pelajarnya hadir ke kuliah dengan semangat berkobar-kobar...
ada yang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan ada juga yang berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Pokoknya, hati mereka membara menyala-yala dengan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi sem baru ini..
Tapi kalau kita lihat semasa pertengahan sem nanti, semangat mereka semuanya pudar bak unggun api yang padam disirami hujan. kenapa boleh jadi macam tu ye??

ketika mendengar seorang sahabat yang sedang memberi tazkirah membuatkan penulis berfikir tentang masalah kenapa semangat yang membara itu boleh pudar. Bila kita melakukan sesuatu perkara, contohnya seperti menyelesaikan masalah kita sepatutnya menekankan 2 aspek ini:-

1) SEMANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH

2)DISPLIN

Mari kita kaitkan aspek-aspek ini dengan belajar. Jika pada awal sem kita sudah menyusun jadual dan merangka gerak kerja yang sangat hebat dimana kalau kita lihat perancangan yang dilakukan itu seolah-olah kita akan confirm dapat 4 flat jika plan itu dilaksanakan.
Tapi, jika rancangan yang dirangka itu hebat dan dilakukan dengan semangat yang kurang bersungguh-sungguh. Maka sia-sia perancangan yang dilakukan. Ini kerana perancangan yang baik memerlukan semangat yang besar untuk melakukannya.

"great plan require great will"


displin juga amat penting kerana jika perancangan itu bagus dan hebat tetapi kurangnya displin dalam diri ketika melaksanakan (contohnya; buat kerja diakhir waktu, buat kerja tidak mengikut apa yang dirancangkan,etc), maka seperti ayat diatas; sia-sia perancangan yang dilakukan itu.

Jadi secara kesluruhannya semangatyang bersungguh-sungguh dan displin amat penting dalam diri kita terutamanya bila kita ni bergelar mahasiswa. Timbul pula persoalan bagaimana kita dapat memastikan semangat bersungguh-sungguh dan displin itu ada dan sentiasa ada di dalam diri kita? Persoalan ini penulis tinggalkan kepada para pembaca untuk menjawabnya.

"Tepuk dada, tanyalah selera"

Wednesday, December 2, 2009

Filem tentang......

Sedih, lucu, geram! semua perasaan ni bercampur aduk sebati bak ramuan yang dikisar halus dek 'blender' di dapur. Itulah perasaan penulis apabila menonton filem pendek yang bertajuk 'Jesus save dini, a indonesian muslim'.

Filem ini penulis ambil daripada sahabat penulis ketika melawat rumahnya semalam. Semasa penulis tengah 'menyedut' cerita ni, sahabat tu mengatakan bahawa sesiapa je yang imannya lemah, jika dia tonton filem ni kemungkinan besar dia akan terpesong. Amaran dari sahabat penulis tu amat menakutkan apatah lagi melihat kondisi penulis; iman yang dimiliki pun taklah seteguh mana.

Alang-alang dah terambil, tonton sajalah! Balik dari melawat, penulis terus tonton filem tersebut. Ok, sekarang kita bincang pasal sinopsis filem tu.

filem ni menceritakan tentang kisah hidup dini, seorang gadis islam yang tinggal bersama keluarganya di Gombong (satu tempat di indonesia). Cerita bermula dengan sedikit kata-kata dan ucapan dari dini sendiri dan disusuli dengan babak dimana dini dan seorang perempuan islam berada di dalam keretapi. Entah macam mana keretapi itu mengalami masalah dan terpaksa berhenti buat seketika. Kebetulan pula keretapi itu berhenti tepat dikawasan di mana dini membesar, iaitu Gombong. Maka ketika memorinya datang mengimbau, dini pun menceritakan kisah hidupnya pada perempuan islam tu.

cerita dimulakan dengan kematian ayah dini ketika dini masih kecil (12tahun). Apa yang menjadi masalahnya ialah adik kepada ibu dini mengandung hasil dari hubungan sulit dengan bapa dini dan ibu dini juga ketika itu sedang mengandung. Jadi kehidupan mereka akan susah sebab tiada siapa yang akan bekerja dan menanggung mereka. Adik kepada ibunya (makcik dini lari dari kampung sebab malu dengan orang kampung. Kebencian dini mula membara apabila orang kampung dan orang yang diharapkan (pakciknya) untuk bergantung mengutuk mereka dan bapak dini.

Sebaik sahaja wang bersara bapa dini sampai, mereka pun berpindah ke semarang. Disana, ibu dini membuka sebuah kedai. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka masih lagi susah. Disebabkan dipandang hina oleh masyarakat, makcik dini dan anaknya duduk menumpang bersama dini dan ibunya di semarang. Dini memang tidak menyukai makciknya menetap bersama mereka dan kebencian dini bertambah-tambah. Akhirnya makcik dini dan anaknya keluar dari rumah tersebut setelah dini menyuruh ibunya memilih dia atau makciknya. Pemergian makciknya akhirnya membuatkan kebencian dini terhadap makciknya beralih pula kepada ibunya setelah dini mendapat tahu yang ibunya bercadang untuk berkahwin lagi.

ketika di zaman sekolah, dini mula berfikir tentang kehidupannya. kenapa dia perlu berbuat baik dan menunaikan solat kalau dia tidak dapat masuk ke syurga sebab tidak memaafkan emaknya. Maka, dini mula lupa akan agamanya dan mula melanggar peraturan. Ketika di sekolah tinggi, perubahan pada dini mula berlaku setelah melihat kawan-kawannya yang ditangkap kerana mencuri dan sebagainya. Maka kesedaran mula timbul pada diri dini.

Pada bulan Ramadhan, dini mula kembali kepada islam. Dia mula membaca buku-buku agama, membaca Al-Quran dan menunaikan solat. Ketika dia sedang menunaikan solat sunat tahajuddan memohon doa kepada tuhan agar diberi petunjuk, dia melihat cahaya yang terang dan ada orang didalam cahaya tersebut. Entah macam mana dini mengatakan bahawa dia merasakan cahaya itu Jesus (Isa a.s). Jesus mengajak dia untuk mengikutnya dan dini pun bersetuju.

dini mula mencari orang kristian dan meminta bible untuk membaca. Apabila ibu dini mendapat tahu keadaan dini, dia dihalau keluar oleh seluruh keluarganya. Dia mula hidup berdikari dan belajar. Kehidupan dini semakin baik dan dini mendapat kerja di semarang. Pada mulanya segalanya amat sukar tetapi semuanya mula menjadi normal dan dini pun menetap bersama ibunya. Dipendekkan cerita, dini terdengar cerita tentang makciknya yang mengalami masalah hidup dan anaknya yang tiada pekerjaan. Dini pun melawat makciknya dan memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan terhadap makciknya. Dini juga membantu anak makciknya untuk mencari kerja dan kehidupan mereka pun berubah.

kisah hidup dini berhenti disitu takala keretapi mula bergerak semula. perempuan islam yang duduk dihadapannya seolah-olah terharu dengan cerita dini dan digambarkan yang dia seperti mula terbuka hati untuk memeluk agama kristian.

filem ini diakhiri dengan ucapan dari seorang yang tak dikenali yang mengajak penonton untuk mengikut ajaran kristian.


begitulah sedikit sebanyak cerita filem ni....

komen penulis....
seperti yang dikatakan tadi, perasaan penulis bercampur baur; sedih ,lucu dan geram.

kenapa geram?
penulis geram apabila melihat islam digambarkan sebagai agama yang tidak benar terutamanya apabila dini bertemu jesus selepas menunaikan solat sunat TAHAJUD! Sepekara lagi, penulis geram dengan sikap dini yang terus memeluk agama kristian hanya kerana melihat Jesus ketika berdoa selepas solat sunat tahujud. Tambahan pula, apa yang dini nampak ketika berdoa ialah seorang manusia yang badannya bercahaya (tidak nampak muka). Maka, macam mana dini boleh mengatakan itu adalah Jesus tanpa bertanya?

kenapa lucu?
lucu sangat-sangat melihat lakonan perempuan islam yang sedang mendengar cerita dini tu. Dia berlakon seolah-olah dia terharu dan tersentuh dengan cerita dini terutama ketika dini menceritakan tentang bertemu dengan Jesus!

kenapa sedih?
sedih mendengar cerita dini yang ditimpa kesusahan yang tak berkesudahan. lagi sedih mengenangkan keadaan dia yang jauh tersimpang dari jalan kebenaran. Bayangkan jika Allah s.w.t membiarkan kita sesat setelah kita berada di landasan yang benar, nauzubillah! berdoalah supaya kekal dijalan yang benar!

Filem ini memang tujuannya untuk mengajak orang islam dan masyarakat untuk mengikut agama kristian. Inilah buktinya musuh-musuh islam memang sedang bergiat untuk menyebarkan ajaran mereka.

Kuatkan lah iman dan pertingkatkanlah ilmu agama dalam diri. Pohonlah doa suapaya diri ini kekal dijalan yang benar dan sentiasa diberikan petunjuk. Insya-Allah, kita tidak akan sesat.

Ya Allah! berikanlah petunjuk kepada kami dan kepada mereka yang memerlukannya. Amin.

Friday, November 27, 2009

Selamat hari raya Aidil Adha!



Selamat hari raya aidil adha diucapkan
kepada semua buat para pembaca blog yang tak seberapa ni.
semoga hari raya aidil adha kali ini memberi bukan sedikit
tetapi sebanyak manfaat yang mungkin kepada diri kita.


Thursday, November 19, 2009

2012?

Cuma lagi beberapa hari lagi penulis akan berangkat pulang ke kampung halaman..err...ehh!..bukan...kota halaman yang tercinta. Jadi penulis cuba memanfaatkan kemudahan internet di USM ini untuk kali terakhir dengan melayari internet mencari sumber maklumat, tutorial adobe dan membaca blog rakan-rakan. Tak dilupakan juga aktiviti men'download' movie yang menarik apatah lagi internet pada ketika ini sangat laju. Maklumlah, dah ramai pelajar pulang untuk bercuti. Sekarang penulis sedang men'download' cerita yang amat menarik iaitu filem 2012.


Penulis ada la melihat preview atau trailer filem ni. Filem ini mengisahkan tentang keadaan bumi ketika menjelang 2012 dimana menurut kalender orang mayan (orang mana ni ye?) pada tahun tersebut akan berlakunya kiamat. maka berlakulah segala bencana alam dan manusia pun melarikan diri mereka dan bersembunyi di tempat yang selamat. Ending untuk filem ni tak pasti apa dia, tapi penulis boleh agak yang watak utama dia mesti survive sehingga tamat cerita...hahahaha!

Ramai sahabat penulis yang dah menonton filem ni di wayang. Mereka kata filem ni memang best (tu yang penulis dok download ni). Harap-harap apa yang dikatakan oleh mereka tu betul..kalau tak buat tenaga dan masa je penulis download filem ni.

Bila bercerita tentang hari kiamat ni, ada persoalan yang tiba-tiba mucul di dalam kepala penulis. Persoalannya:

"betulkah kiamat dah dekat?"
"adakah aku sudah sedia untuk menghadapi hari kiamat?"

bila terfikir je perkara ni, bulu roma meremang, jantung berdegup kencang bak terkena tarchycardia.Perasaan takut bukan kepalang.
sudah bersedia kah kita menghadapi hari kiamat?

Kalau betul lah 2012 itu hari kiamat, sudahkah kita bersedia dengan bekalan kita? Masalahnya kalau 2012 itu hari kiamat, kita masih ada masa lagi untuk beribadah dan bertaubat. Tapi seperti yang kita tahu hari kiamat tu bukanlah dalam skop pengetahuan kita, dengan kata lain kita tak tahu bila ia akan berlaku. mungkin pada 2012, mungkin selepas 2012 atau LEBIH AWAL dari 2012. Mungkin sahaja kiamat akan berlaku pada esok hari ataupun berlaku selepas sahaja penulis menaip 'post' ni. siapa tahu?

jadi kebarangkalian kiamat tu akan berlaku pada masa yang terdekat ni amat tinggi kerana sudah banyak tanda-tanda awal kiamat telah pun muncul dengan jelas sekali. Jadi sepatutnya kita harus ada perasaan takut dan sekarang ini sepatutnya kita banyak melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, bertaubat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, ramai lagi yang masih alpa, mengejar dunia yang sia-sia dan lupa pada tuhan.

ketahuilah bahawa bila berlakunya hari kiamat tu, segala taubat sudah tidak diterima lagi. Semua manusia akan mati bila berlakunya kiamat, tiada seorang pun yang terselamat atau dapat menyelamatkan diri seperti mana yang ditunjuk di dalam filem.

Jadi sama-sama kita renungkan. Berubahlah/ berhijrahlah kepada keadaan yang lebih baik. Moga-moga kita akan mendapat tempat di syurga kelak..insya-allah.


Tuesday, November 17, 2009

Bebas

Tepat pada pukul 5 petang, 16 oktober 2009, semua pelajar farmasi tahun 2 telah pun menamatkan ujian terakhir mereka; fizikal farmasi.

Bagaikan hidup semula badan ini rasanya. Dada seperti menjadi lapang, kepala ringan seolah-olah sedang terbang di udara sambil membelah awan, hati gembira teramat sangat sampai tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan penulis sebaik sahaja melangkahkan kaki keluar dari dewan peperiksaan MO8 DUD RST. Dengan tertapaknya langkah kaki pertama penulis di luar dewan peperiksaan itu, maka habis sudahlah segala peperiksaan yang perlu dihadapai oleh penulis untuk sem 3 ini.

Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh penulis , sahabat-sahabat yang lain mahupun lelaki ataupun perempuan juga berasa gembira kerana telah berjaya menamatkan kertas ujian terakhir mereka. Sudah pasti di dalam perkara mereka terbayang-bayangkan kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Memang itu lah yang diimpikan oleh semua pelajar farmasi tahun 2; balik kampung dan cuti yang panjang.

Walaupun ujian telah pun habis pada 16 haribulan, penulis hanya akan pulang ke kampung halaman pada 23 hb atau 24hb (tengok keadaan) kerana ada tugas lain yang perlu dilaksanakan.

Apa-apa pun, cuti sem ini memang penulis nantikan sebab ada banyak perkara yang ingin penulis lakukan semasa cuti. Harap-harap cuti kali ini penulis dapat berehat dengan tenang dan dapat istiqamah dengan ibadah...insya-allah..

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat sekalian
IBNUSHARIF
p/s: bebas pun bebas la...tapi jangan sampai lupa perkara yang penting

Friday, October 23, 2009

Surat cinta buatmu!


Al-Quran

Surat cinta daripada pencipta kita, Allah S.W.T yakni Al-Quran banyak mengandungi manfaat dan kebaikan buat kita, umat manusia. Sudah ramai ahli saintis, professor dan doktor (termasuklah golongan yang tak beriman)yang memperakui kehebatan Al-Quran. Ilmu yang terselit didalam kalamullah ini memang mengagumkan dan jauh lebih maju daripada yang boleh otak manusia fikirkan.

Sebagai orang islam, Al-Quran menjadi rujukan kita yang sangat penting. Namun kini, Al-Quran itu semakin ditinggalkan, jauh ditinggalkan dari hidup seseorang manusia terutama manusia yang mengaku dirinya menge-Esa-kan Allah S.W.T . Al-Quran tidak lagi dibaca, diletakkan di atas almari atau pun diletakkan sebagai perhiasan di ruang tamu. Akibatnya, manusia sekarang menghadapi berbagai masalah yang tiada penghujungnya akibat daripada sikap sombong untuk membuka, membaca dan mencari jawapan yang sedia ada di dalam Al-Quran.

Melupakan Al-Quran samalah ertinya dengan menjauhkan diri dari fungsi dan manfaatnya bahkan tidak menghormati kedudukannya. Akhirnya sikap melupakan Al-Quran ini akan mendatangkan bahaya seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Antaranya:-

1)Kesesatan yang nyata

"dan barang siapa menentang Rasul(Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam, dan itu seburuk-buruk tempat kembali."
(An-Nisa', 4:115)

hukum yang ada dalam Al-Quran adalah petunjuk yang benar. Sesiapa yang tidak menggunakan Al-Quran sebagai petunjuk beerti dia menggunakan petunjuk yang lain dari Al-Quran walhal petunjuk yang sebenarnya ialah petunjuk Allah. Maka sesatlah mereka yang berpaling dari petunjuk Allah S.W.T

2)kesempitan dan kesesakan

Al-Quran itu merupakan petunjuk dari Allah.Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, Allah akan melapangkan dadanya. Sebaliknya, yang tidak mendapat petunjuk, dadanya akan terasa sempit menghimpit seakan-akan sedang naik ke langit seperti yang disebut didalam Al-Quran:-

"barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) islam. Dan barangsiapa dikehendakin-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman"
(Al-An'am, 6:125)

3)Kehidupan yang sempit

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"
(Taha, 20:124)

sesiapa yang tidak mengikuti petunjuk Allah, maka kehidupannya pasti penuh dengan masalah. Mengikuti petunjuk buatan manusia seolah-olah menjerumuskan diri kedalam kepentingan pelbagai pihak sehingga akhirnya dia akan terombang-ambing di antara kepentingan-kepentingan tersebut. Dengan kata lain, jauhnya diri kita dari Al-Quran iaitu petunjuk Allah, maka kesusahanlah yang akan menimpa kehidupan kita.

4)Buta mata hati

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada"
(Al-Hajj, 22:46)

Mereka tidak dapat melihat kebenaran Al-Quran bukan kerana mata mereka buta, tetapi hati mereka yang buta. Orang yang buta apabila lahir mungkin sahaja mendapat kehidupan yang baik selama hatinya tidak buta. Maka janganlah kita tinggalkan Al-Quran kerana takut mata hati kita akan menjadi buta dan tidak dapat melihat petunjuk daripada Allah S.W.T.

5)Kekerasan hati


Di antara mukjizat Al-Quran adalah kekuatan melembutkan hati sehingga orang yang kasar dan kaku pun mampu menjadi lembut kerananya. Kita ungkap semula sirah nabawiyyah, kisah Umar Al-Khattab r.a ketika Umar tersentuh dengan Islam. Sedang amarah, kebencian, dan permusuhan berkobar-kobar, segalanya lenyap bagai api yang padam disirami air yang sejuk ketika Umar mendengar bacaan Al-Quran oleh adiknya. Hati Umar tersentuh dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan membuatkan hatinya yang tadi keras bagaikan batu kini menjadi lembut. Maka, kalau kita tinggalkan Al-Quran, tidak memdengarkan bacaan Al-Quran, hati kita akan keras bahkan lebih keras daripada batu.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(Al-Hadiid, 57:16)

6)Kezaliman dan kehinaan

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa."
(As-Sajdah, 32:22)

Sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran maka akan diberi balasan yang buruk kepada mereka. Jadi kenapa perlu kita tinggalkan Al-Quran dan menggantikannya dengan kesesatan yang nyata? Ini merupakan tindakan yang zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain kerana kezaliman ini akan menyebabkan hilangnya kehormatan sehingga menjadi hina di sisi Allah dan manusia.

7)menjadi teman syaitan

Syaitan sangat menyukai orang yang meninggalkan Al-Quran. Kenapa? kerana mereka akan jadi sahabat yang 'karib' kepadanya sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran:-

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami biarkan syaitan (yang menyesatkan) dan menjadi teman karibnya."
(Az-Zukhruf, 43:36)

8)Lupa diri

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Al-Hasyr, 59:19)

Akibat dari melupakan Allah, dia akan dilupakan Allah, walhal kepentingannya sangat tergantung kepada-Nya. Melupakan Al-Quran sama dengan melupakan diri sendiri. Hal ini akan menimbulkan bahaya iaitu kefasikan dan kemunafikan. Semua itu akam membawa kepada kesengsaraan didunia mahupun di akhirat.


Kesimpulannya, meninggalkan Al-Quran hanya akan mendatang kesengsaraan di dalam hidup kita baik di dunia mahupun dia akhirat. Maka cubalah dekatkan diri dengan Al-Quran kerana banyak fadhilat dan manfaat yang boleh kita ambil.

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "
(Ar-Ra'd, 13:28)

sumber rujukan: materi tarbiyyah

IBNUSHARIF

Saturday, October 17, 2009

Update

Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, akhirnya penulis berjaya juga mencuri masa untuk 'update' blognya dengan wajah yang baru! Penampilan blog kali ini agak simple tetapi menarik (pada pandangan penulis). Harap penampilan baru ini dapat memberi suasana yang 'best' kepada pembaca blog yang tak seberapa ni.

Sem kali ini boleh dikatakan sem yang paling sibuk bagi pelajar-pelajar farmasi tahun 2 termasuklah penulis sekali. Dengan lab report, projek konvokesyen, kuliah, test, kuiz, exam, presentation, memang penatlah. Tapi ini baru sedikit, bila advance ke tahun 3 dan 4, kerja akan menjadi lagi banyak dan susah! (Ya! Allah permudahkanlah segala urusanku)

Nak berkongsi cerita sedikit dengan para pembaca, semalam sebelum hendak melelapkan mata di kamar, penulis sedang meng'set'kan alarm pada handphonenya. Bila saja penulis mencapai handphone, tertera msg "3 miss called" di kaca skrin handphone penulis.

"ai! makhluk mana yang call aku malam2 ni?"

rupa-rupanya sahabat lama penulis yang membuat miss called tu. Tanpa berlengah penulis terus menelefon dia semula dan kami pun berborak panjang (agak lama juga dalam sekitar 20-30 minit). Nasib baik masing-masing menggunakan U-pax, kalau tak mahu habis kredit handphone penulis. maklumlah sahabat penulis tu di perak, penulis di Pulau Pinang. Kami berborak panjang sehinggalah dia bercerita tentang perancangannya untuk melamar zaujah(pasangan hidup) pilihan hatinya. Perasaan penulis terkejut bercampur gembira. Mana taknya, perkahwinan itu kan suatu perkara yang elok. Jadi sahabat tadi meminta pandangan dan bantuan daripada penulis.

"tak terlalu awal ke fikir pasal benda ni?"
"taklah..mana ada awal..biasa je"
"oo..ye ke?"
"aku ada kenalan yang dimana dia bernikah ketika umur dia sebaya kita, 20 tahun dan ketika itu dia masih lagi belajar di U**. Ok jer.."
"oo..."

lebih kurang begitulah sedikit sedutan dari perbualan kami. Kami bercakap pasal perkahwinan dan calon isteri jer sepanjang perbualan tersebut.Hehehe....
Apa yang bagusnya tentang sahabat ni, dia ambil perkara yang berkaitan dengan hal cinta ini secara serius. Dia memandang hubungan cinta diantara manusia secara serius seperti mana yang kita tahu bahawa hubungan sah bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah hanya hubungan suami dan isteri, bukannya girlfriend dan boyfriend. Sebab itu dia memandang hubungan cinta itu lebih jauh iaitu kearah gerbang pernikahan dan itulah yang selok-eloknya.

Apa-apa pun, penulis akan mendoakan yang terbaik buat sahabat tadi. Moga-moga dia menemui redha Allah S.W.T.~~

p/s : carilah cinta yang hakiki, yang kekal dan abadi~~


IBNUSHARIF

Tuesday, September 29, 2009

Selamat hari raya


Di sini ingin saya ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

buat sesiapa yang mengenali dan juga yang membaca blog yang tak seberapa ni

moga-moga ukhuwah diantara kita akan dieratkan lagi di bulan syawal yang mulia ini

ikhlas dari

ibnu sharif sekeluarga

p/s: penulis agak sibuk ketika ini dengan assignment, test, kuiz dan sebagainya.. doakan yang terbaik untuk penulis

Sunday, September 13, 2009

Mencari Laila


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Cuma tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan digantikandengan kehadiran Syawal. Kelihatannya orang ramai sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan Syawal sehingga mereka terlupa akan 'ganjaran lumayan' yang dijanjikan Allah S.W.T di penghujung bulan Ramadhan ini. Ketahuilah wahai sahabatku bahawa 'ganjaran lumayan' tersebut adalah malam Lailatul Qadar; malam kemulian yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang mencari keredhaan-Nya di sepanjang bulan Ramadhan.

Keistimewaan Lailatul Qadar

keistimewaan malam ini jelas diterangkan oleh Alla S.W.T di dalam surah Al-Qadr:-

"sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Qu'ran) saat Lailatul Qadar (malam kemulian). dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Al-Qadr 97:1-5)

merujuk ayat di atas, Allah memberitahu bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini sekaligus menunjukkan keutamaan, kemuliaan, keberkahan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar dikatakan berlaku di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah:-

"pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran...."
(al-Baqarah 2:185)



keistimewaan yang lain ialah kebaikan malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Qadar (97:3) " Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan". Dengan kata lain, amalan kita pada malam tersebut sama nilainya atau lebih baik daripada amalan dalam seribu bulan. Mari kita buat sedikit pengiraan:

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan


Ini bermakna satu mala lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang (Subahanallah!)

keistimewaan yang lain bagi Lailatul Qadar ialah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun untuk membawa ketetapan bagi segala urusan kehidupan di dunia ini sebagaimana firman Allah:-

"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan" (Al-Qadr 97:4)

hal ini juga dijelaskan di dalam ayat yang lain:-
"Haa miim. Demi kitab (Al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul"
(Al-Dukhan, 44:1-5)

Bilakah malam Lailatul Qadar?

daripada surah Al-Qadr dan Al-Baqarah jelaslah bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. Tetapi, masalahnya ialah pada waktu bilakah di bulan Ramadhan berlakunya malam Lailatul Qadar? Rasulullah S.A.W menjelaskan :-

"carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan" (hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Jika seseorang itu tidak mampu mencari riwayat Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, dia hendaklah berusaha mencari Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya tujuh malam terakhir sebagaimana pesan Rasulullah:-

" carilah sepuluh malam terkahir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah(putus asa) pada baki tujuh malam yang terkahir"
(hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Apa yang harus dilakukan untuk mencari Lailatul Qadar

ketika memasuki sepuluh malam terakhir, kita dianjurkan untuk mempertingkatkan ibadah dan berdoa khususnya untuk memohon keampunan daripad Allah S.W.T. Selain itu, memperbanyakkan solat malam dan qiamulail sebagaimana yang dikatakan olah A'isyah R.A bahawa rasulullah apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda akan mengasingkan diri daripada isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail.

Maka seelok-eloknya tingkatkan ibadah kita menjelang sepuluh malam yang terkahir ini. Moga-moga laila yang dicari akan kita ketemui. Carilah malam barakah tersebut kerana Lailatul Qadar merupakan ganjaran bonus buat kita, seorang Muslim


SELAMAT MENCARI LAILA

IBNUSHARIF


Thursday, September 3, 2009

Ihya Ramadhan UMP

Keadaan 'highway' ketika itu agak suram dan gelap. Cahaya lampu dari kereta yang datang dari arah bertentangan datang sekali-sekala menerjah ke muka penulis yang masih lagi belum tidur. Sahabat di sebelah (penulis gelarkan dia sebagai 'F') sedang nyenyak dibuai mimpi indah. " Haih! bila la nak sampai ke kuantan ni" bisik hati yang tengah kebosanan. Nak membaca tak boleh, tiada sumber cahaya. Begitulah keadan penulis dan 'F' yang sedang menaiki bas ke Kuantan.


kami sebenarnya sedang dalam perjalanan ke kuantan untuk program Ihya' ramadhan di masjid sultan Ahmad 1 (masjid negeri Pahang). Perjalanan kami memakan masa lebih kurang tujuh jam (10.30 malam hingga 5.50 pagi). Untuk program ini, kami akan menetap di dalam masjid negeri tersebut selama 2 hari satu malam. Para peserta juga terdiri daripada pelajar ipt dan juga ada penyertaan dari masyarakat luar.

Program Ihya Ramadhan ini menyajikan banyak aktivit yang menarik. Antaranya ialah ceramah berkenaan fiqh puasa, qiamulai berjemaah, iftar, sahur, solat tarawih dan sebagainya. ceramah berkaitan fiqh puasa disampaikan oleh ustaz saifullizan, seorang ustaz yang berpengalaman dan juga pernah menuntut ilmu di mesir. Banyak juga permasalahan berkaitan puasa dibincangkan.





Penulis berasa kagum dengan pihak pengurusan masjid negeri Pahang ni dimana mereka memastikan yang masjid negeri ini hidup dengan aktivit2 yang berfaedah untuk masyarakat. Masjid ini juga tak pernah lekang dari kunjungan masyarakat seolah-olah masjid ini kawasan tarikan yang istimewa. Apa yang menarik perhatian penulis ialah ketika waktu berbuka puasa. Di hadapan masjid terdapat padang dan bazar Ramadhan. Ketika hampir untuk waktu berbuka, orang ramai yang baru sahaja membeli-belah di bazar ramadhan itu terus duduk di padang seolah-olah sedang berkelah menunggu waktu berbuka tiba. Memang menarik sekali.



Apa-apa pun, pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang program ini memang best dan tak ternilai harganya. Penulis juga dapat bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan suasana baru. Bukannya selalu dapat ke Pahang.heheh...


Tuesday, August 25, 2009

Realiti Masa Dan Takdir


Sebelum membaca artikel ini,lihat apa-apa yang ada di hadapan anda.Kemudian pusing pandangan anda ke sebelah kiri,perhatikan pula apa-apa yang ada disebelah kiri anda itu,pusing pandangan anda ke sebelah kanan pula.Lakukan hal yg sama.Kemuadian teruskan membaca artikel ini.Selepas menyelesaikan arahan di atas,berapakah masa yg anda ambil untuk melakukannya?tanpa melihat jam atau yg seumpama dengannya,berapa lama anda melakukannya?2minit?10 minit?atau 5 saat?..Pasti setiap individu akan memberikan jawapan yg berbeza-beza.Jadi siapa yg betul sebenarnya????

Katakan anda berada di dalam bilik bacaan di perpustakaan.Anda melihat seseorang memasuki bilik tersebut melaui pintu,mengambil sebuah majalah dan terus duduk di sofa yang berada di hadapan anda.Anda menganggarkan diamengambil masa 2 atau 3 minit untuk melakukan itu semua.

Anda beranggapan adanya jarak masa ini kerana otak anda membuat perbandingan saat ketika rakan anda masuk ke bilik dan duduk.Dua situasi yang berbeza.Saat-saat ini dirakam dalam otak dan disusun mengikut tertib.Dari sini muncul konsep masa iaitu masa itu relatif,sepertimana yg telah ditulis oleh ahli fizik terkenal Albert Einstein dalam bukunya General Theory of Relativity..

Masa dan ruang berada dalam bentuk intuisi (gerak hati),bergantung kepada orang yg menerima.Sama juga sepertimana seseorang menilai bentuk warna rasa etc.Secara umum konsep Teori Relativiti masa tidak wujud secara mutlak.Ia bergantung kepada orang yg menerimanya(receiver).

Mengejutkan! Konklusi sains ini sebenarnya telah dinyatakan dalam al-Quran lebih 1400 tahun dahulu.!Terdapat banyak ayat al-Quran yg menyatakan perbezaan pandangan masa ini,berbeza mengikut tempat, individu dan keadaan.Sebagai contoh mari kita renungi firman Allah : .

” Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka,(mereka merasa) seakan-akan tidak pernah berdiam (di dunia) kecuali sesaat sahaja pada siang hari,(pada waktu) mereka saling berkenalan...”( Yunus,10: 45)

Perbualan manusia tatkala mereka dihisab jugamembuktikan manusia menerima masa itu secara berbeza.Satu tempoh yg sama mungkin dirasakan panjang,tetapibagi orang lain,ia terlalu singkat.

“ Dia (Allah) berfirman,”Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal dibumi?” Merekamenjawab,”Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari,maka tanyakanlah kepada mereka yg menghitung.” Dia (Allah) berfirman,”Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja,jika kamu benar-benar mengetahui.”(Al-Mukminun,23 : 112-114)

Relativiti Takdir

Memahami hakikat masa membolehkan kita memahami hakikat takdir dengan baik.Allah swt menjadikan setiap peristiwa yg telah,sedang dan akan berlaku dalam “sattu detik” yang sama.Dengan kata lain kejadian alam ini dari permulaan hinggalah ke akhirnya telahpun berlaku disisi Allah swt.

Berdasarkan konsep ruang dan masa yg diterangkan sebelum ini,kita memahami bahawa Allah S.W.T tidak terikat dengan masa dan ruang sepertimana kita dan makhluknya yg lain.Kerana Dialah yang menciptakan kedua-duanya(ruang dan masa).Pencipta tidak mungkin wujud bersama dengan yg dicipta.

Allah swt mendedahkan banyak peristiwa masa hadapan yang belum berlaku tatkala Nabi saw menerima wahyu tersebut.Antara peristiwa-peristiwa itu adalah kejadian hari qiamat ketika ditiupkan sangkakala dan nasib orang beriman dan orang kafir dalam surah az-Zumar,ayat 68-73,peristiwa kekalahan pasukan tentera Rom dalam surah ar-Rum dan banyak lagi.

Pengembaraan merentasi masa

Cuba anda gambarkan kehidupan ini sebagai sebuah kisah filem.Apabila menonton sebuah filem,kita mengetahui segala perkara yg telah berlaku kerana semuanya datang di permulaan kisah dan disimpan dalam minda kita.Tetapi kita tidak tahu adegan seterusnya kerana Allah tidak menyimpan data-data tersebut di dalam minda kita.Tetapi bagi pengeluar,penerbit,pengarah yg menghasilkan filem tersebut,adegan permulaan,pertengahan,dan penamatnya telah pun diketahui.

Demikian juga Allah yang menyusun takdir kita,maka Dia Maha Mengetahui segala perkara yg pernah,sedang dan akan berlaku.

Bagi seorang muslim yg beriman dengan kebenaran al-Quran,perkara sebegini akan menambahkan keyakinan dan keimanannya kepada Allah swt.Sebenarnya banyak lagi rahsia alam dan al-Quran belum disingkap dengan jelas oleh manusia.Tetapi keyakinan kita kepada al-Quran tidak pernah berkurang kerana kita yakin al-Quran adalah kalamullah,lata-kata Allah,dan kata-kata siapa lagi yg lebih terpercaya melainkan kata-kata-Nya.Wallahu Taa’la A’lam.

sumbangan dari : akhi MFUP
sumber rujukan: dipetik dan diedit daripada majalah Solusi#7 2 Ramadhan 1430H /18.01

Monday, August 24, 2009

Peristiwa di malam Ramadhan...

Seperti biasa selepas iftar (berbuka puasa), penulis dan sahabat akan ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Maghrib, Isya' dan Tarawikh. Kali ini jemaah yang hadir ke masjid agak ramai. Maklumlah, ramai sudah pulang dari bercuti. Nak dipendekkan cerita, kami pun solat tarawikh berjemaah di Masjid USM (al-Malik Khalid). Selepas 8 rakaat, penulis pun keluar dari saf dan duduk di bahagaian belakang memberi ruang pada jemaah yang nak solat sunat witir. Biasanya di USM, solat sunat Tarawikh dilakukan sebanyak 8 rakaat tapi surah yang dibaca ketika solat agak panjang. Ketika sedang menunggu jemaah lain solat sunat witir, mata penulis tertumpu pada 2 orang kanak-kanak yang berada di belakang saf yang terakhir sekali. Mereka dalam lingkungan 7-9 tahun. Apa yang menarik perhatian penulis dan sahabat yang berada di sebelah ketika itu, mereka sedang berdiri seperti sedang bersolat walhal sebenarnya mereka tidak. takbir pun tak diangkat lagi, pandang ke kanan dan ke kiri. "mungkin diaorang ni baru belajar nak solat kot" bisik sahabat di sebelah. Penulis cuma mengganguk2. Imam ketika itu sedang membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas secara berturut-turut di rakaat yang terakhir untuk solat sunat witir. Sebaik sahaja imam itu nak menghabiskan bacaan surah an-Nas, kanak-kanak tadi terus angkat takbir dan ikut ruku' bersama jemaah yang lain. Terlopong mulut kami melihat perbuatan kanak-kanak tersebut. "bijak juga budak ni" bisik sahabat yang berada di sebelah sambil tersenyum. Penulis pun turut tersenyum. Patutlah mereka berdiri lama di situ. Rupa-rupanya mereka tunggu imam habis membaca surah, selepas itu mereka angkat takbir dan ikut imam itu ruku'. jadi mereka tak perlu untuk berdiri lama menunggu imam menghabiskan bacaan nya. Penulis dan sahabat nak menegur perbuatan kanak-kanak tadi tapi tak sempat (ye ke?).

Harap kita ambil iktibar dan janganlah pula kita jadi macam tu ye!

Thursday, August 20, 2009

Marhaban ya Ramadhan!



Bahang Ramadhan kian terasa
saat Syaaban menampil diri
dan tanpa sedar berlari
meninggalkan kita
merentas hari dan waktu
tanpa perlu kita menghitung
dalam kiraan panjang kehidupan

Ramadhan bakal datang
menjengah diri dalam
rekahan nafsu insan
yang bergelodak sepanjang musim
dalam diam meriak kesedaran
buat mukmim yang patuh pada
yang maha Khalik

Ramadhan datang lagi
untuk mengulangi tuntutan hakiki
sambil berputar fikiran ini
bertanya pada diri
apakah Ramadhan kali ini
sama seperti akhir kali
yang banyak di biarkan berlalu
tanpa di isi dengan iqra dan zikir
tanpa tasbih dan takbir...

ku bersyukur pada ilahi
kerana Ramadhan
masih sempat ditempuhi...


sama-sama kita renungkan...

Sunday, August 16, 2009

Ronda-ronda USM



"salam, malam ni kita ada meeting lepas isyak. Harap datang awal. Jazakallah"

lebih kurang begitulah mesej yang diterima oleh penulis selepas solat zuhur.
"malam ni? bas takde macam mana nak ke tempat meeting ni"
naik pening kepala penulis memikirkan bagaimana nak ketempat meeting tersebut

tempat meeting = rumah sewa senior yang hantar msg tu
rumah sewa tu = berada di sungai dua
sungai dua = luar USM

takde bas = jalan kaki


akhirnya allah telah mengilhamkan kepada penulis untuk meminjam basikal daripada seorang teman yang merupakan pelajar pertukaran dari UPSI

kenapa tak pinjam motor?
adalah....
sebab2 tertentu


bukan basikal buruk ni ye... penulis naik basikal power punya!!!

basikal yang dipinjam agak baru dan lasak.
tiada masalah untuk penulis berbasikal turun bukit dari Restu terus ke dalam kampus USM
suasananya agak berlainan daripada menaiki motor
tak tahu apa yang best nya
tapi berbasikal sambil menikmati malam
sorang-sorang
memang menenangkan hati
melihat kebesaran ilahi
tambaha pula ketika itu ramai pelajar sudah pulang untuk cuti mid sem
jadi suasana agak sunyi

selepas meeting selesai
penulis bergerak pulang bersama senior yang senasib dengan penulis
(dia pun naik basikal)
basikal tersebut memang milik senior tersebut
dan ada kisah lucu disebalik kenapa dia beli basikal tersebut
(di USM induk jarang orang menaiki basikal)

jadi kami pun 'konvoi' pulang ke desasiswa masing2
dalam perjalanan hujan turun renyai-renyai
entah kenapa rasa macam hidup pula ketika tu
rasa seronok seolah-olah dah lama tak berbasikal
dalam hujan
(memang dah lama pun)

perjalanan diteruskan dan kami singgah di kedai 7-11
untuk membeli bekalan makanan..


kayuh basikal naik ke bukit!
wahh! mesti memenatkan...
dah lah desasiswa dimana penulis menetap desasiswa restu
desasiswa yang paling atas sekali
senior tadi tu berbasikal sehingga desasiswa tekun sahaja
maka mahu tak mahu
basikal tersebut terpaksa di kayuh
menaiki bukit RST ni..
memang penat
sangat penat

tapi rasa seronok pulak..
mungkin sebab dah lama tak riadah
keluarkan peluh
sem ni jer berapa kali beriadah
kurang dari 3 kali...

setelah penat lelah..
akhirnya sampai juga di restu
penulis terus balik ke bilik untuk merehatkan kaki yang penat
minum air
dan meneruskan kerja yang patut dihabiskannya...


moral: beriadahlah untuk kesihatan tubuh badan


IBNU SHARIF

Tuesday, August 11, 2009

Kisah pensil dan kita....

THE PENCIL AND US


In the beginning,

the pencil maker spoke to the pencil saying,


"There are five things you need to know before I send you out into the world"

"Always remember them and you will become the best pencil you can be"



You will able to do many great things,

BUT ONLY IF

you allow yourself to be held in someone's hand.




You will experience

A PAINFUL SHARPENING

from time to time,

but this is required if you want to become a better pencil.




You have the

ABILITY TO CORRECT

any mistake you might make.





The most important part of you will always be

WHAT'S INSIDE.





No matter what the condition,

you must continue to write.

You must always

LEAVE A CLEAR, LEGIBLE MARK

no matter how difficult the situation






The pencil understood

promosing to remember,

and

went into the box fully understanding its maker purpose.


Now

REPLACING

the pencil with yourself;

Always remember these rules and never forget them,

in this way you will become the person you want to be.


you will able to do many great things,

but only if

YOU ALLOW YOURSELF TO BE HELD IN GOD'S HAND,

and allow other human beings to access you

for the many gift you possess.


You will experience

A PAINFUL SHARPENING

from time to time,

by going through various problems,

but you'll need it to become a stronger person.


You will able to

CORRECT MISTAKES

you might make or grow through them.


The most important part of you will always be

WHAT'S ON THE INSIDE


On every surface you walk,

you must leave your mark.

No matter what the situation,

you must continue to

SERVE HUMANITY

in everything.


Everyone is like a pencil..

created by the maker for

A UNIQUE AND SPECIAL PURPOSE.


By understanding and remembering,

let us proceed with our life on this earth

having a meaningful purpose in our heart and relationship

with GOD daily


YOU WERE MADE TO DO GREAT THINGS!



Creation Had Been Marked By Young Designer

Unprintable and private use only ©

Monday, August 3, 2009

Imbas kembali ~


Langit di kala malam amat indah diserikan pula dengan kehadiran bulan purnama yang bersinar cerah. Angin-angin malam yang bertiup ke muka penulis yang baru sahaja pulang dari kelas malam (kelas perbandingan agama) mengimbau balik sejarah lama. Entah kenapa kisah silam ini tiba-tiba datang mengkusutkan lagi fikiran penulis yang sedang letih ni.


ketika di zaman kanak-kanak~

ketika itu penulis boleh dikatakan yang paling senyap berbanding adik-beradik yang lain
kalau parents kata tak boleh, maka tak boleh lah...tiada bantahan secara lisan (lisan jer!)
ketika itu, penulis boleh dikatakan hebat dalam melukis
habis semua benda dilukisnya, ultraman, dragon ball
hahaha...
ketika di tadika pula, penulis merupakan budak yang agak pandai
Dapat tempat pertama ketika exam yang pertama
tapi dapat tempat ke-2 untuk exam yang kedua
dikalahkan oleh rakan sekelas (perempuan)..hish...malu gak...
benda yang paling penulis takut ketika kecil ialah hantu!
wah2! kalau nampak je cerita hantu, terus jer lari masuk bilik
kalau ada lagu-lagu seram pun penulis takut!
hahah...
penulis juga teruja dengan alat permainan sebagaimana kanak-kanak lain ketika kecil
kalau pergi ke pasar malam tu, tempat pertama yang dicari ialah tempat orang jual alat permainan
kalau nampak yang berkenan apa lagi, pergilah pujuk parents supaya belikan..
tapi biasanya parents tak belikan...
yela..masa tu ekonomi pun tak berapa baik...


ketika di sekolah rendah~


sekolah kebangsaan sentul 2
disinilah ilmu asas dituntut
penulis ketika tu boleh dikatakan tergolong di kalangan orang yang bijak pandai lah...
sebab selalu jer dapat tempat top 10 di dalam kelas
kelas pula kelas yang pertama, dari tahun satu hingga tahun enam
penulis dan beberapa sahabat ketika itu suka sangat ke perpustakaan untuk membaca
terutamanya buku sains
memang dari dulu bercadang nak jadi seorang saintis
si sahabat ni suka pula membaca buku kisah-kisah nabi
dia boleh dikatakan agak alim juga lah
bacaan al-quran dia bagus, penulis ni baca al-quran pun merangkak lagi
Ayah ada hantar penulis dan adik beradik belajar mengaji dengan ustaz di masjid
tapi entah kenapa hati tu kadang-kala rasa malas nak pergi...
boringlah orang kata...
di sekolah pula, kawan-kawan suka gelar penulis ni 'lembut'
sebab penulis ni pendiam, tak aktif dalam sukan, penakut dan kadangkala menangis jika dipukul.
hmmm...selalu juga jadi ejekan kawan-kawan terutama budak perempuan...
waktu begini pun penulis masih lagi teruja dengan alat permainan..hahaha
digimon, digipet, action figure, cerita kartun seperti pokemon, digimon...
memang minat sangat
masih ingat lagi ketika darjah enam,
parents ada belikan satu action figure digimon yang agak besar jugalah..
action figure tu boleh bertukar pulak (kabuterimon -> megakabuterimon)
memang seronok ketika tu...
hehehe
selepas dapat keputusan UPSR (4A1B)
penulis dapat tawaran ke St John institution (SJI)
penulis mohon ke SJI ni pun sebab ikut sahabat.
alih-alih, diaorang masuk ke sekolah asrama penuh
penulis pula kena pergi ke SJI sorang-sorang!..
haih!


ketika di sekolah menengah~

hasrat di hati ingin berubah sebaik sahaja melangkah masuk ke alam remaja ni..
di SJI (semua pelajar lelaki)
penulis cuba untuk berubah
penulis sertai banyak kelab dan persatuan
pengakap, PRS, PPI(persatuan pelajar islam)
aktif sangat di dalam persatuan sehingga perangai pun berubah
bukan seperti di sekolah rendah dahulu
lebih aktif bersukan, boleh mengarah, memberi arahan...
bentuk fizikal pun dah berubah
bila bertemu balik dengan sahabat-sahabat lama
semua terkejut tengok perubahan penulis
semakin tinggi, nampak lebih matang dari dahulu
semuanya sebab SJI!
bila penulis menyertai pengakap, banyak benda yang penulis buat
mungkin tu yang melatih penulis untuk menjadi lelaki yang lasak
mountain climbing, jungle trekking, surviving, camping
segala kelemahan ketika kecil (pemalu, penakut)
semuanya hampir-hampir pudar
penulis juga aktif di dalam sukan memanah
pernah wakil KL banyak kali juga...
pernah masuk majalah siswa juga..
wahaha...
tapi banyak juga kelemahan yang timbul...
kurangnya interaksi dengan perempuan (SJI semua lelaki)
kawan-kawan pun kata yang kalau penulis ada teman wanita maknanya hari dah nak kiamat..
hahah
penulis ketika ni sibuk dengan Game
playstation, pc game, online game
memang kemaruk lah....
pelajaran pun kadang-kadang terabai..
tapi alhamdulillah..
masa PMR dapat 8A
terkejut juga ketika dapat result tu
rasa macam nak pengsan je
mana tak nya, penulis yang belajar last minute dapat straight A's
sahabat penulis pula yang bijaksana ni dapat 7A jer...
ketika ini penulis dah berhenti dari mengikuti kelas mengaji Al-Quran
walaupun tak khatam lagi (ish ish) tapi terpaksalah berhenti
dah tua bangka dah...
bila masuk ke tingkatan 4 dan 5
pelajaran memang teruk..
addmath sekali je lulus dalam masa 2 tahun tu (nasib baik SPM dapat 3B)
ketika tu dah tanam hasrat untuk menjadi farmasi
selepas dikaunseling dengan kaunselor
jadi memaksakan diri untuk menyukai subjek biologi..
penulis memang suka subjek biologi
cuma cikgu yang mengajar tu membosankan
Lepas dapat result SPM (dapat 6A)
dapat tawaran ke matriks dan diploma sains komputer di UTM
penulis menerima tawaran ke matriks
atas faktor kewangan..


ketika di matriks~


matrikulasi melaka, londang
pada hari pertama sampai rasa macam nak balik jer...
bilik hostel tak macam asrama
lebih macam penjara, dinding tak tampal, facilities tak bagus..
tapi siapa sangka
di kolej ni lah transformasi penulis bermula..
penulis dapat jurusan sains fizik
habis hancur harapan nak jadi farmasis
tapi hidup mesti diteruskan
siapa sangka penulis dapat perform dengan bagus dalam jurusan fizik
sampai ada yang gelar genius!
walaupun pointer tak 4 flat pun..
di kolej nilah penulis mula rapat dengan budak-budak surau
roommate penulis ketika itu pula imam besar surau
perubahan mula berlaku sejak bergaul dengan sahabat-sahabat ni..
solat semakin dijaga, al-quran dibaca, ada majlis ilmu penulis akan hadiri..
jadi perubahan tu berlaku dengan mendadak..
dari zero yang tak tahu apa-apa berkaitan agama islam
mula berubah untuk memahami agam yang dianutinya...
alhamdulillah! buat pertama kali penulis khatam Al-quran di KMM
dan penulis tidak berhenti disitu
al-quran masih lagi dibaca walaupun sudah khatam
penulis juga mempunyai al-quran terjemahan sendiri (seronoknya!)
qiamullai pertama di KMM juga...
tahajud, puasa, dan sebagainya..
penulis seolah-olah dahagakan ilmu agama..
pelajaran tidak pula diabaikan..
ukhuwah diantara sahabat pula sangat kuat
seolah-olah kami ni adik beradik...
iftar bersama, makan bersama, qiam bersama..
kenangan tu amat manis.
bila nak meninggalkan KMM selepas tamat pengajian..
hati penulis agak sayu...
teringatkan bilik dimana penulis dengan sahabat bercerita dan membuat kerja bersama
surau dimana tempat kami tidur, suasana KMM yang permai, sahabat yang baik hati...
walau apa pun penulis kena juga bergerak ke hadapan...


ketika di universiti~~

bila penulis dapat sahaja keputusan UPU
"kursus sains farmasi di USM"
entah kenapa hati ni rasa macam berat untuk menerima
memang farmasi tu pilihan pertama di hati..
tetapi hati ketika itu lebih teruja dengan fizik..heheh
walaubagaimanpun, tawaran tersebut diterima...
macam tak percaya pula akan ke universiti, menara gading la katakan
" hidup di U tidak sama seperti di matriks"
ingat lagi apa yang dikata oleh seorang abang dari UTP ni..
memang betul apa yang dikata...
memang sangat lain...
tapi alhamdulillah!
penulis dapat juga menyesuaikan diri
game yang digilai suatu ketika dahulu semakin hari ditinggalkan..
solat, qiam, puasa, Al-Quran, zikir
masih lagi diamalkan
dan Insya-Allah penulis akan sentiasa istiqamah
rakan sekuliah pula menganggap penulis ni seorang yang alim dan baik
walhal pada pendapat penulis, ramai lagi rakan-rakan penulis yang bagus ilmu agamanya berbanding dengan penulis
terutama rakan yang dari sekolah agama
berbanding dengan penulis yang datang dari sekolah mubaligh kristian (SJI)
tapi tak mengapalah...
apa yang mereka katakan tu penulis anggap sebagai pujian..
walaupun di U, ilmu tu masih lagi dicari..
ada je kelas, ceramah, penulis akan hadiri..
untuk menambahkan ilmu di dada..
tetapi kadang-kala penulis agak sibuk dengan kuliah dan praktikal..
hmmm..

sekarang penulis di tahun 2
dan tengah merancang kehidupannya pada masa akan datang...
moga-moga penulis istiqamah dengan apa yang apa yang penulis buat..
Insya-Allah



IBNU SHARIF

p/s: sebenarnya banyak lagi yang hendak dikongsi, cuma waktu tak mengizinkan...

Saturday, August 1, 2009

Istiqamahkah aku?


Istiqamahkah aku?
Istiqamahkah aku dalam melakukan kebaikan?
Istiqamahkah aku dalam meninggalkan kejahatan?
Istiqamahkah aku sebagai seorang pelajar?
Istiqamahkah aku sebagai seorang MUSLIM?


Soalan ini selalu bermain di fikiran penulis dan penulis juga yakin yang para pembaca juga memikirkan perkara yang sama. Kadangkala penulis sering berkata yang diri ini perlu beristiqamah dalam segala urusan yang dilakukan dan sentiasa beristiqamah dalam membuat kebaikan. Tetapi, di saat lafaz dan niat itu dikeluarkan, di saat itu juga janji-janji tersebut dimungkiri.

Kenapa kita berasa susah untuk beristiqamah?
Kenapa kita berhenti di pertengahan jalan walhal kita amat bersemangat di awal permulaan?
Kenapa kita melakukan maksiat walhal kita pernah berjanji untuk meninggalkan nya?
Kenapa?

Bagaimana hendak mencari ISTIQAMAH ini?

ketahuilah bahawa istiqamah itu tidak datang kepada kita dengan bergolek mahupun melayang.
Ada beberapa perkara yang perlu dilihat untuk kita sentias beristiqamah dan perkara-perkara ini seharusnya ada pada kita sebagai seorang muslim.

Prinsip kita dalam beristiqamah

Dalam beramal, kita haruslah melakukannya ikhlas kerana Allah S.W.T ataupun kerana agama islam. Kita seharusnya menjadikan Allah sebagai tempat kita untuk bergantung kerana hanya dialah yang menciptakan kita dan alam semseta ini, yang maha kuasa dan maha bijaksana. Jika seseorang itu meletakkan Allah dan islam sebagai prinsipnya ketika beramal, maka dia akan sentiasa beristiqamah dengan segala amalnya walaupun hasilnya tidak lah seberapa kerana mereka yakin dengan hasil yang akan mereka terima ketika diakhirat nanti. Berbanding dengan mereka yang beramal dengan prinsip keduniaan, mereka akan berhenti beramal sebaik sahaja hasil yang diperolehi di dunia tidak memuaskan hati mereka. Contohnya, para pelajar pada zaman sekarang yang hilang semangat untuk beristiqamah dalam belajar setelah gagal dalam pelajaran.


Pedoman kita untuk beristiqamah

Amal yang kita lakukan haruslah besertakan Allah dan berpandukan ajaran islam.
Telah diberitahu oleh rasulullah di dalam satu hadisnya;

Abu Muhammad 'Abdullah bin 'Amr bin Al'-Ash berkata, bahwa rasulullah S.A.W bersabda : " tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya tunduk (sesuai) dengan ajaran yang kubawa".
(Hadits Hasan shahih)

Hadis ini menyuruh kita untuk menjadikan islam itu sebagai pedoman dalam hidup kita. Jika hawa nafsu/gaya hidup kita tidak mengikut seperti yang disuruh dalam islam, maka iman kita belum sempurna lagi sebagai seorang muslim. Oleh itu, dalam beristiqamah perlulah menjadikan islam sebagai panduan/pedoman bagi dirinya. Ini kerana konsep dan sistem islam itu sendiri dapat membantu kita untuk beristiqamah kerana syariat islam itu mudah, ringan, fitri, manusiawi, dan logik.

Tujuan Istiqamah

untuk beristiqamah, kita haruslah menjadikan Allah sebagai tujuan hidup kita. Dengan kata lain, kita juga haruslah menjadikan islam sebagai tujuan hidup kita. Jika kita sedang belajar, belajarlah kerana redha Allah S.W.T. Bukannya untuk menjadi kaya! Begitu jua jika kita ingin berkasih. Kita berkasih kerana Allah, bukan kerana nafsu. Jangan sesekali meletakkan dunia sebagi tujuan amal kita kerana dunia ini hanyalah sementara. Bukankah kita mahu memilki sesuatu yang kekal abadi? Maka, jadikan Allah dan islam sebagai tujuan mu!


Kesimpulannya, kita perlu semak semula prinsip, panduan dan tujuan kita untuk beristiqamah dan pastikan semuanya haruslah selari sebagai seorang muslim. Dengan meletakkan Allah dan islam sebagai prinsip, panduan dan tujuan, Insya-Allah kita akan sentiasa beristiqamah didalam segala pekerjaan yang dilakukan.

IbnuSharif

Saturday, July 25, 2009

Pharmacist Orientation Week!

Tanggal 25 haribulan julai, majlis penutup minggu orientasi dan explorace telah berlangsung bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yakni pelajar farmasi tahun satu. Explorace telah berlansung pada sebelah petang dan disusuli dengan majlis penutup selepas solat maghrib.

Boleh dikatakan masing-masing amat penat ketika itu kerana kerja assignment masih lagi bertimbun-timbun. Penulis juga tidak tekecuali...hehehe. Penulis telah ditugaskan untuk menjaga salah satu check point di dalam permainan explorace. Ketika di check point tersebut, para peserta perlu makan sayur atau buah yang telah digantung di foyer dk sehingga habis. Antara buah dan sayuran yang dipilih untuk para peserta makan ialah epal, tomato, chili, peria dan timun...(nampak kejam! tapi ini baru permulaan). Seterusnya, jika para peserta tidak berjaya menghabiskan kesemua sayuran+buah tadi, maka pusingan BONUS akan diberikan kepada mereka.(kalau diaorang berjaya atau tak berjaya menghabiskan pun penulis akan bawa diaorang ke pusingan bonus juga.). Dalam pusingan bonus ini, para peserta akan disuruh untuk menutup mata mereka. Seterusnya mereka akan diberikan satu larutan (bukan larutan, tapi boleh dianggap begitu la) dan disuruh untuk meneka apa kandungan yang ada di dalam larutan tersebut. Ini adalah senarai barang yang digunakan oleh penulis untuk membuat larutan tersebut:
  • Budu
  • sos tomato
  • sos cili
  • air
  • air perahan dari Lemon
  • vico
  • cuka
hehehehe...sebenarnya penulis ingin menambah lagi kandungan dalam larutan ni untuk menjadikan rasanya lebih sedap, tapi disebabkan kekurangan sumber bahan...Apa boleh buat. Yang lucunya, penulis baru sedar di saat akhir yang penulis telah dibekalkan dengan wasabi untuk para peserta rasa. "Ceh! selamat korang budak first year!"


Selesai sahaja permainan explorace, penulis terus ke masjid untuk menunaikan solat Asar (dah sangat lewat ketika itu). Selepas solat Asar, terasa macam nak tidur sekejap di dalam masjid untuk melepaskan penat lelah. Lagipun majlis penutup bermula pukul 8 malam (lebih kurang lagi 1 jam 30 minit lagi). Hasrat penulis untuk tidur terbantut selepas teringat peristiwa di masjid dimana ada sahabat yang kena marah sebab tidur di dalam masjid..(ish! ish! ish!). Penulis pun mengorak langkah ke rumah sewa senior yang berdekatan di sungai dua untuk tumpang tidur... hehehe!...Tidur punya pasal, penulis bangun pada pukul 7.15pm! Ish! mana sempat nak makan ni..Selepas mandi, penulis terus solat maghrib berjemaah di rumah sewa dan terus bergerak ke dewan kuliah U dimana majlis penutup berlangsung. Penulis mengharapkan adalah makanan yang akan disediakan kepada para tetamu dan ajk yang lain..malangnya tiada! wah! perut dah berbunyi ni!...

Lapar atau tak, kerja perlu dilaksanakan. Untuk majlis penutup, setiap kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama akan membuat persembahan (ada 10 kumpulan, maka ada 10 persembahan) di atas pentas. Ajk pula? sebahagian dari ajk akan membuat persembahan yang agak lucu juga. 4 sekawan ; Wukong, Hang Tuah, Ghandi Jr, dan Arthur mengembara mencari buku Martindale (buku rujukan untuk farmasis ketika nak buat ubat). Plot cerita ni seolah-olah journey to the west tapi cuma ada sedikit twist. 4 sekawan ni akan bertemu dengan master-master tertentu yang berunsurkan dosage form (master inhalation, master cream, etc) untuk mendapatkan clue dimana buku Martindale tu disimpan. Setiap kali mereka bertemu dengan master tertentu, persembahan pelajar tahun satu akan diselitkan seolah-olah ia macam satu cerita (mungkin tak berapa menjadi sebab kami spontan je, apa-apa pun lakonan tu kira ok juga la). Apa tugas penulis? penulis cuma menjadi suara latar bagi watak Arthur..senang je kerja tu. Hafal skrip dan cakap...hehehe..Boleh dikatakan kesemua persembahan pada malam tu agak menarik(penulis hanya dengar dari rakan sebab penulis tak tengok sangat persembahan tu. Penulis tengah pening dan selalu keluar untuk ke tandas). Apa-apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar tahun pertama yang membuat persembahan yang menarik (ye ke?).

Majlis berakhir pada pukul 11 malam tetapi penulis bercadang untuk beredar lebih awal sebab penulis kena jalan kaki balik ke desasiswa (Jauh tu!). Nasib baik ada rakan yang senasib dengan penulis. Boleh la dijadikan teman ketika dalam perjalanan pulang. Dengan perut yang laparnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke desasiswa. Perut dah lah lapar, kena mendaki bukit pula untuk ke desasiswa! Ya Allah! harap-harap kedai burger tu masih buka lagi. Alhamdulillah! kedai burger tu masih lagi buka dan penulis terus order burger daging special....hahaha...lepas tu naik bilik, bagi kucing makan, solat dan tidur....