Sunday, September 13, 2009

Mencari Laila


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Cuma tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan digantikandengan kehadiran Syawal. Kelihatannya orang ramai sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan Syawal sehingga mereka terlupa akan 'ganjaran lumayan' yang dijanjikan Allah S.W.T di penghujung bulan Ramadhan ini. Ketahuilah wahai sahabatku bahawa 'ganjaran lumayan' tersebut adalah malam Lailatul Qadar; malam kemulian yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang mencari keredhaan-Nya di sepanjang bulan Ramadhan.

Keistimewaan Lailatul Qadar

keistimewaan malam ini jelas diterangkan oleh Alla S.W.T di dalam surah Al-Qadr:-

"sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Qu'ran) saat Lailatul Qadar (malam kemulian). dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Al-Qadr 97:1-5)

merujuk ayat di atas, Allah memberitahu bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini sekaligus menunjukkan keutamaan, kemuliaan, keberkahan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar dikatakan berlaku di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah:-

"pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran...."
(al-Baqarah 2:185)



keistimewaan yang lain ialah kebaikan malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Qadar (97:3) " Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan". Dengan kata lain, amalan kita pada malam tersebut sama nilainya atau lebih baik daripada amalan dalam seribu bulan. Mari kita buat sedikit pengiraan:

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan


Ini bermakna satu mala lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang (Subahanallah!)

keistimewaan yang lain bagi Lailatul Qadar ialah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun untuk membawa ketetapan bagi segala urusan kehidupan di dunia ini sebagaimana firman Allah:-

"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan" (Al-Qadr 97:4)

hal ini juga dijelaskan di dalam ayat yang lain:-
"Haa miim. Demi kitab (Al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul"
(Al-Dukhan, 44:1-5)

Bilakah malam Lailatul Qadar?

daripada surah Al-Qadr dan Al-Baqarah jelaslah bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. Tetapi, masalahnya ialah pada waktu bilakah di bulan Ramadhan berlakunya malam Lailatul Qadar? Rasulullah S.A.W menjelaskan :-

"carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan" (hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Jika seseorang itu tidak mampu mencari riwayat Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, dia hendaklah berusaha mencari Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya tujuh malam terakhir sebagaimana pesan Rasulullah:-

" carilah sepuluh malam terkahir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah(putus asa) pada baki tujuh malam yang terkahir"
(hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Apa yang harus dilakukan untuk mencari Lailatul Qadar

ketika memasuki sepuluh malam terakhir, kita dianjurkan untuk mempertingkatkan ibadah dan berdoa khususnya untuk memohon keampunan daripad Allah S.W.T. Selain itu, memperbanyakkan solat malam dan qiamulail sebagaimana yang dikatakan olah A'isyah R.A bahawa rasulullah apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda akan mengasingkan diri daripada isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail.

Maka seelok-eloknya tingkatkan ibadah kita menjelang sepuluh malam yang terkahir ini. Moga-moga laila yang dicari akan kita ketemui. Carilah malam barakah tersebut kerana Lailatul Qadar merupakan ganjaran bonus buat kita, seorang Muslim


SELAMAT MENCARI LAILA

IBNUSHARIF


0 comments:

Post a Comment