Sunday, April 15, 2012

Peringatan di Kelantan

" semuanya RM 80++" kata juruwang Mydin dengan loghat kelantan. Penulis sedikit terperanjat. Jumlahnya agak banyak. Mahu atau tidak, duit RM 100 penulis hulurkan untuk membayar. Timbul rasa kesal di hati kerana tidak membuat senarai barang yang hendak dibeli. Kalau tidak, pasti jumlah yang perlu dibayar menjadi sedikit.

Setelah membuat bayaran, penulis pun menyemak resit yang baru sahaja diterima. Menyemak dengan harapan ada kesilapan dari segi jumlah yang memboleh kan penulis untuk "claim" balik duit (teruk betul!). Setelah menyemak, memang ada kesilapan pada resit tersebut. Tetapi bukannya kesilapan yang menguntungkan penulis, sebaliknya penulis perlu membayar lebih kerana harga barang pada resit itu salah.

Di resit tertera harga satu pek susu ducth lady yang mengandungi 6 kotak sebanyak RM 1.50! Walhal harga sebenar adalah RM 7.50. Setelah menyemak berkali-kali, maka betullah ada kesilapan pada resit tersebut. Ada kemungkinan juruwang tadi ter"scan" harga untuk satu kotak.

Maka apa yang perlu penulis lakukan? Biarkan begitu sahaja? atau pergi membayar baki RM 6 kepada mereka? Kalau ikutkan hati, penulis biarkan sahaja. Namun, entah mengapa badan ini terus bergerak ke kaunter bayaran sedangkan hati pula tidak mahu.

Di kaunter bayaran, penulis pun menerangkan kesilapan mereka dengan bahasa melayu baku (dielek kelantan tak mahir lagi). Setelah berbincang, juruwang tadi meminta penulis menunggu di kaunter sementara dia berbincang dengan rakannya.

Satu penantian yang agak lama. Hati pula mula merungut "kenapalah aku sibuk-sibuk buat macam ni? kan dah kena tunggu lama kat kaunter ni. sorang-sorang pulak tu ".Setelah lama menungu, jururwang tadi bersama rakannya tiba. Penulis pun bersedia hendak membayar tetapi rakannya menyuruh penulis ke kaunter servis pelanggan untuk membuat bayaran. Alahai, ingat dah selesai dah. Nak bayar RM 6 pun susah. =(

Setelah berurusan di kaunter servis pelanggan, penulis pun beredar dengan pantas. Hanya kerana RM 6, penulis terpaksa menghabiskan masa yang agak lama. Terdetik di hati rasa kesal atas tindakan diri sendiri. Patutlah ada orang tak mahu buat kebaikan, sebab ia menyusahkan diri sendiri.

Belum sampai beberapa langkah, pekerja di kaunter servis pelanggan tu memanggil "abe..abe".
Satu bungkus plastik berisi sekotak air susu dutch lady dan tupperware diberikan kepada penulis. " untuk apa ni?" penulis bertanya. " Hadiah" jawab pekerja tadi sambil tersenyum. Ketika menerima bungkusan itu baru penulis sedar. Sedar bahawa hadiah ini merupakan peringatan daripada Allah s.w.t kepada hambanya.


Jangan sesekali rasa susah atau berat dalam melakukan kebaikan kerana mereka itulah oarng yang beruntung. Jika tidak untung di dunia, insya-allah untung di akhirat.

p/s: semoga sentiasa ringan tulang dalam membuat kebaikan =)