Tuesday, November 17, 2009

Bebas

Tepat pada pukul 5 petang, 16 oktober 2009, semua pelajar farmasi tahun 2 telah pun menamatkan ujian terakhir mereka; fizikal farmasi.

Bagaikan hidup semula badan ini rasanya. Dada seperti menjadi lapang, kepala ringan seolah-olah sedang terbang di udara sambil membelah awan, hati gembira teramat sangat sampai tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan penulis sebaik sahaja melangkahkan kaki keluar dari dewan peperiksaan MO8 DUD RST. Dengan tertapaknya langkah kaki pertama penulis di luar dewan peperiksaan itu, maka habis sudahlah segala peperiksaan yang perlu dihadapai oleh penulis untuk sem 3 ini.

Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh penulis , sahabat-sahabat yang lain mahupun lelaki ataupun perempuan juga berasa gembira kerana telah berjaya menamatkan kertas ujian terakhir mereka. Sudah pasti di dalam perkara mereka terbayang-bayangkan kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Memang itu lah yang diimpikan oleh semua pelajar farmasi tahun 2; balik kampung dan cuti yang panjang.

Walaupun ujian telah pun habis pada 16 haribulan, penulis hanya akan pulang ke kampung halaman pada 23 hb atau 24hb (tengok keadaan) kerana ada tugas lain yang perlu dilaksanakan.

Apa-apa pun, cuti sem ini memang penulis nantikan sebab ada banyak perkara yang ingin penulis lakukan semasa cuti. Harap-harap cuti kali ini penulis dapat berehat dengan tenang dan dapat istiqamah dengan ibadah...insya-allah..

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat sekalian
IBNUSHARIF
p/s: bebas pun bebas la...tapi jangan sampai lupa perkara yang penting

0 comments:

Post a Comment