Tuesday, September 29, 2009

Selamat hari raya


Di sini ingin saya ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

buat sesiapa yang mengenali dan juga yang membaca blog yang tak seberapa ni

moga-moga ukhuwah diantara kita akan dieratkan lagi di bulan syawal yang mulia ini

ikhlas dari

ibnu sharif sekeluarga

p/s: penulis agak sibuk ketika ini dengan assignment, test, kuiz dan sebagainya.. doakan yang terbaik untuk penulis

Sunday, September 13, 2009

Mencari Laila


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Cuma tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan digantikandengan kehadiran Syawal. Kelihatannya orang ramai sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan Syawal sehingga mereka terlupa akan 'ganjaran lumayan' yang dijanjikan Allah S.W.T di penghujung bulan Ramadhan ini. Ketahuilah wahai sahabatku bahawa 'ganjaran lumayan' tersebut adalah malam Lailatul Qadar; malam kemulian yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang mencari keredhaan-Nya di sepanjang bulan Ramadhan.

Keistimewaan Lailatul Qadar

keistimewaan malam ini jelas diterangkan oleh Alla S.W.T di dalam surah Al-Qadr:-

"sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Qu'ran) saat Lailatul Qadar (malam kemulian). dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Al-Qadr 97:1-5)

merujuk ayat di atas, Allah memberitahu bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini sekaligus menunjukkan keutamaan, kemuliaan, keberkahan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar dikatakan berlaku di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah:-

"pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran...."
(al-Baqarah 2:185)



keistimewaan yang lain ialah kebaikan malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Qadar (97:3) " Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan". Dengan kata lain, amalan kita pada malam tersebut sama nilainya atau lebih baik daripada amalan dalam seribu bulan. Mari kita buat sedikit pengiraan:

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan


Ini bermakna satu mala lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang (Subahanallah!)

keistimewaan yang lain bagi Lailatul Qadar ialah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun untuk membawa ketetapan bagi segala urusan kehidupan di dunia ini sebagaimana firman Allah:-

"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan" (Al-Qadr 97:4)

hal ini juga dijelaskan di dalam ayat yang lain:-
"Haa miim. Demi kitab (Al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul"
(Al-Dukhan, 44:1-5)

Bilakah malam Lailatul Qadar?

daripada surah Al-Qadr dan Al-Baqarah jelaslah bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. Tetapi, masalahnya ialah pada waktu bilakah di bulan Ramadhan berlakunya malam Lailatul Qadar? Rasulullah S.A.W menjelaskan :-

"carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan" (hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Jika seseorang itu tidak mampu mencari riwayat Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, dia hendaklah berusaha mencari Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya tujuh malam terakhir sebagaimana pesan Rasulullah:-

" carilah sepuluh malam terkahir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah(putus asa) pada baki tujuh malam yang terkahir"
(hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Apa yang harus dilakukan untuk mencari Lailatul Qadar

ketika memasuki sepuluh malam terakhir, kita dianjurkan untuk mempertingkatkan ibadah dan berdoa khususnya untuk memohon keampunan daripad Allah S.W.T. Selain itu, memperbanyakkan solat malam dan qiamulail sebagaimana yang dikatakan olah A'isyah R.A bahawa rasulullah apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda akan mengasingkan diri daripada isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail.

Maka seelok-eloknya tingkatkan ibadah kita menjelang sepuluh malam yang terkahir ini. Moga-moga laila yang dicari akan kita ketemui. Carilah malam barakah tersebut kerana Lailatul Qadar merupakan ganjaran bonus buat kita, seorang Muslim


SELAMAT MENCARI LAILA

IBNUSHARIF


Thursday, September 3, 2009

Ihya Ramadhan UMP

Keadaan 'highway' ketika itu agak suram dan gelap. Cahaya lampu dari kereta yang datang dari arah bertentangan datang sekali-sekala menerjah ke muka penulis yang masih lagi belum tidur. Sahabat di sebelah (penulis gelarkan dia sebagai 'F') sedang nyenyak dibuai mimpi indah. " Haih! bila la nak sampai ke kuantan ni" bisik hati yang tengah kebosanan. Nak membaca tak boleh, tiada sumber cahaya. Begitulah keadan penulis dan 'F' yang sedang menaiki bas ke Kuantan.


kami sebenarnya sedang dalam perjalanan ke kuantan untuk program Ihya' ramadhan di masjid sultan Ahmad 1 (masjid negeri Pahang). Perjalanan kami memakan masa lebih kurang tujuh jam (10.30 malam hingga 5.50 pagi). Untuk program ini, kami akan menetap di dalam masjid negeri tersebut selama 2 hari satu malam. Para peserta juga terdiri daripada pelajar ipt dan juga ada penyertaan dari masyarakat luar.

Program Ihya Ramadhan ini menyajikan banyak aktivit yang menarik. Antaranya ialah ceramah berkenaan fiqh puasa, qiamulai berjemaah, iftar, sahur, solat tarawih dan sebagainya. ceramah berkaitan fiqh puasa disampaikan oleh ustaz saifullizan, seorang ustaz yang berpengalaman dan juga pernah menuntut ilmu di mesir. Banyak juga permasalahan berkaitan puasa dibincangkan.





Penulis berasa kagum dengan pihak pengurusan masjid negeri Pahang ni dimana mereka memastikan yang masjid negeri ini hidup dengan aktivit2 yang berfaedah untuk masyarakat. Masjid ini juga tak pernah lekang dari kunjungan masyarakat seolah-olah masjid ini kawasan tarikan yang istimewa. Apa yang menarik perhatian penulis ialah ketika waktu berbuka puasa. Di hadapan masjid terdapat padang dan bazar Ramadhan. Ketika hampir untuk waktu berbuka, orang ramai yang baru sahaja membeli-belah di bazar ramadhan itu terus duduk di padang seolah-olah sedang berkelah menunggu waktu berbuka tiba. Memang menarik sekali.



Apa-apa pun, pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang program ini memang best dan tak ternilai harganya. Penulis juga dapat bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan suasana baru. Bukannya selalu dapat ke Pahang.heheh...