Monday, August 24, 2009

Peristiwa di malam Ramadhan...

Seperti biasa selepas iftar (berbuka puasa), penulis dan sahabat akan ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Maghrib, Isya' dan Tarawikh. Kali ini jemaah yang hadir ke masjid agak ramai. Maklumlah, ramai sudah pulang dari bercuti. Nak dipendekkan cerita, kami pun solat tarawikh berjemaah di Masjid USM (al-Malik Khalid). Selepas 8 rakaat, penulis pun keluar dari saf dan duduk di bahagaian belakang memberi ruang pada jemaah yang nak solat sunat witir. Biasanya di USM, solat sunat Tarawikh dilakukan sebanyak 8 rakaat tapi surah yang dibaca ketika solat agak panjang. Ketika sedang menunggu jemaah lain solat sunat witir, mata penulis tertumpu pada 2 orang kanak-kanak yang berada di belakang saf yang terakhir sekali. Mereka dalam lingkungan 7-9 tahun. Apa yang menarik perhatian penulis dan sahabat yang berada di sebelah ketika itu, mereka sedang berdiri seperti sedang bersolat walhal sebenarnya mereka tidak. takbir pun tak diangkat lagi, pandang ke kanan dan ke kiri. "mungkin diaorang ni baru belajar nak solat kot" bisik sahabat di sebelah. Penulis cuma mengganguk2. Imam ketika itu sedang membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas secara berturut-turut di rakaat yang terakhir untuk solat sunat witir. Sebaik sahaja imam itu nak menghabiskan bacaan surah an-Nas, kanak-kanak tadi terus angkat takbir dan ikut ruku' bersama jemaah yang lain. Terlopong mulut kami melihat perbuatan kanak-kanak tersebut. "bijak juga budak ni" bisik sahabat yang berada di sebelah sambil tersenyum. Penulis pun turut tersenyum. Patutlah mereka berdiri lama di situ. Rupa-rupanya mereka tunggu imam habis membaca surah, selepas itu mereka angkat takbir dan ikut imam itu ruku'. jadi mereka tak perlu untuk berdiri lama menunggu imam menghabiskan bacaan nya. Penulis dan sahabat nak menegur perbuatan kanak-kanak tadi tapi tak sempat (ye ke?).

Harap kita ambil iktibar dan janganlah pula kita jadi macam tu ye!

0 comments:

Post a Comment