Saturday, July 25, 2009

Pharmacist Orientation Week!

Tanggal 25 haribulan julai, majlis penutup minggu orientasi dan explorace telah berlangsung bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yakni pelajar farmasi tahun satu. Explorace telah berlansung pada sebelah petang dan disusuli dengan majlis penutup selepas solat maghrib.

Boleh dikatakan masing-masing amat penat ketika itu kerana kerja assignment masih lagi bertimbun-timbun. Penulis juga tidak tekecuali...hehehe. Penulis telah ditugaskan untuk menjaga salah satu check point di dalam permainan explorace. Ketika di check point tersebut, para peserta perlu makan sayur atau buah yang telah digantung di foyer dk sehingga habis. Antara buah dan sayuran yang dipilih untuk para peserta makan ialah epal, tomato, chili, peria dan timun...(nampak kejam! tapi ini baru permulaan). Seterusnya, jika para peserta tidak berjaya menghabiskan kesemua sayuran+buah tadi, maka pusingan BONUS akan diberikan kepada mereka.(kalau diaorang berjaya atau tak berjaya menghabiskan pun penulis akan bawa diaorang ke pusingan bonus juga.). Dalam pusingan bonus ini, para peserta akan disuruh untuk menutup mata mereka. Seterusnya mereka akan diberikan satu larutan (bukan larutan, tapi boleh dianggap begitu la) dan disuruh untuk meneka apa kandungan yang ada di dalam larutan tersebut. Ini adalah senarai barang yang digunakan oleh penulis untuk membuat larutan tersebut:
  • Budu
  • sos tomato
  • sos cili
  • air
  • air perahan dari Lemon
  • vico
  • cuka
hehehehe...sebenarnya penulis ingin menambah lagi kandungan dalam larutan ni untuk menjadikan rasanya lebih sedap, tapi disebabkan kekurangan sumber bahan...Apa boleh buat. Yang lucunya, penulis baru sedar di saat akhir yang penulis telah dibekalkan dengan wasabi untuk para peserta rasa. "Ceh! selamat korang budak first year!"


Selesai sahaja permainan explorace, penulis terus ke masjid untuk menunaikan solat Asar (dah sangat lewat ketika itu). Selepas solat Asar, terasa macam nak tidur sekejap di dalam masjid untuk melepaskan penat lelah. Lagipun majlis penutup bermula pukul 8 malam (lebih kurang lagi 1 jam 30 minit lagi). Hasrat penulis untuk tidur terbantut selepas teringat peristiwa di masjid dimana ada sahabat yang kena marah sebab tidur di dalam masjid..(ish! ish! ish!). Penulis pun mengorak langkah ke rumah sewa senior yang berdekatan di sungai dua untuk tumpang tidur... hehehe!...Tidur punya pasal, penulis bangun pada pukul 7.15pm! Ish! mana sempat nak makan ni..Selepas mandi, penulis terus solat maghrib berjemaah di rumah sewa dan terus bergerak ke dewan kuliah U dimana majlis penutup berlangsung. Penulis mengharapkan adalah makanan yang akan disediakan kepada para tetamu dan ajk yang lain..malangnya tiada! wah! perut dah berbunyi ni!...

Lapar atau tak, kerja perlu dilaksanakan. Untuk majlis penutup, setiap kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama akan membuat persembahan (ada 10 kumpulan, maka ada 10 persembahan) di atas pentas. Ajk pula? sebahagian dari ajk akan membuat persembahan yang agak lucu juga. 4 sekawan ; Wukong, Hang Tuah, Ghandi Jr, dan Arthur mengembara mencari buku Martindale (buku rujukan untuk farmasis ketika nak buat ubat). Plot cerita ni seolah-olah journey to the west tapi cuma ada sedikit twist. 4 sekawan ni akan bertemu dengan master-master tertentu yang berunsurkan dosage form (master inhalation, master cream, etc) untuk mendapatkan clue dimana buku Martindale tu disimpan. Setiap kali mereka bertemu dengan master tertentu, persembahan pelajar tahun satu akan diselitkan seolah-olah ia macam satu cerita (mungkin tak berapa menjadi sebab kami spontan je, apa-apa pun lakonan tu kira ok juga la). Apa tugas penulis? penulis cuma menjadi suara latar bagi watak Arthur..senang je kerja tu. Hafal skrip dan cakap...hehehe..Boleh dikatakan kesemua persembahan pada malam tu agak menarik(penulis hanya dengar dari rakan sebab penulis tak tengok sangat persembahan tu. Penulis tengah pening dan selalu keluar untuk ke tandas). Apa-apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar tahun pertama yang membuat persembahan yang menarik (ye ke?).

Majlis berakhir pada pukul 11 malam tetapi penulis bercadang untuk beredar lebih awal sebab penulis kena jalan kaki balik ke desasiswa (Jauh tu!). Nasib baik ada rakan yang senasib dengan penulis. Boleh la dijadikan teman ketika dalam perjalanan pulang. Dengan perut yang laparnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke desasiswa. Perut dah lah lapar, kena mendaki bukit pula untuk ke desasiswa! Ya Allah! harap-harap kedai burger tu masih buka lagi. Alhamdulillah! kedai burger tu masih lagi buka dan penulis terus order burger daging special....hahaha...lepas tu naik bilik, bagi kucing makan, solat dan tidur....

0 comments:

Post a Comment