Monday, January 18, 2010

Serigala dalam diri


Seorang nenek tua sedang bercerita kepada cucunya
"tahukah cucuku bahawa di dalam badan kita terdapat dua ekor serigala?"

"Serigala yang pertama mempunyai sifat-sifat yang terpuji (baik hati, tidak sombong etc) dan berkelakuan baik"

"Serigala yang kedua pula memiliki sifat-sifat yang buruk dan tercela (sombong, dengki,pemarah etc) dan berkelakuan sangat buruk"

Si cucu mengangguk kepala tanda faham

Si nenek pun menyambung ceritanya
"Kedua-dua serigala ini pula sering bergaduh di dalam badan kita, sentiasa bergaduh tanpa mengira waktu dan tempat"

"Siapakah yang akan menang nanti?" celah si cucu itu dengan perasaan ingin tahu

Si nenek tersenyum lalu berkata

"serigala yang akan menang ialah...."

"
SERIGALA MANA YANG KAMU BERI IA MAKAN"



Thursday, January 14, 2010

Rintihan sang pemimpin

Tidur masih lagi belum cukup bagiku
Bantal dan tilam yang empuk masih lagi
tidak dapat mengurangkan kepenatan
hari ini, semalam, dan minggu lepas

Amanah
tidak elok jika aku katakan
ia merupakan punca segala kepenatan ku
kekadang terfikir kenapa
kenapa aku yang dipertanggungjawabkan
dengan amanah ini

Kenapa diriku yang menjadi perhatian?
apa yang ada pada diriku
yang tiada pada orang lain
sehingga amanah ini diberikan kepada ku

Hidup ku sekarang dihujani dengan amanah
satu demi satu datang bagai titisan air hujan
ada yang sudah berada di dalam genggaman ku
ada juga yang sedang menunggu
untuk aku menggenggamnya

Beratnya hati dan jiwa
bila memikirkan tanggungjawab yang sedang dipikul
dan yang akan dipikul
layak kah aku?
mampukah aku?

Amanah ini terlalu berat bagiku
Ingin sekali aku lari
lari dari segala amanah dan tanggungjawab ini
berehat di suatu tempat
yang aman dan sunyi
tanpa gangguan masalah dan tekanan hidup

Tuhan seperti mendengar rintihan ku
Ayat terakhir Al-Baqarah bagaikan jawapan kepada segala masalah ku
baru ku sedar
yang sebenarnya aku mampu
mampu melakukan
melaksanakan
segala amanah yang telah diberikan
kerana
tuhan tidak akan membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya

maka
ku teruskan langkah hidup ku
ku betulkan niat di dada
ku laksanakan segala tanggungjawab dan amanah dengan saksama
moga-moga
tuhan redha dengan apa yang akan ku lakukan di dunia

Ya Allah
berikanlah kami
kebaikan di dunia dan di akhirat
serta jauhkanlah kami dari
seksaan api neraka
Amin ya rabbulalamin



Wednesday, January 6, 2010

Jazakallah Akh!

Jazakallah diucapkan kepada sahabat-sahabat penulis yang membuat sambutan hari lahir penulis secara mengejut ketika halaqah semalam. bagi yang berkenaan, penulis mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas pemberian hadiah walaupun hakikatnya hari lahir penulis adalah pada 8 Januari 1989 a.k.a hari Jumaat ni. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi dan penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada AM iaitu pada tarikh 6 Januari 1988.



(banyak nye hadiah!)

Saturday, January 2, 2010

It's year 2010!

assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki tahun 2010 masihi. Penulis berharap agar para pembaca menjadikan tahun baru ini sebagai titik perubahan untuk berubah menjadi lebih baik. Insya-allah!

Untuk post kali ini, penulis akan berkongsi sedikit sebanyak tentang aktiviti yang dilakukan oleh penulis dan rakan-rakan menjelang tahun 2010.


1 Januari 2010 - Bacaan Yasin di rumah baru Jam

Jam, sahabat penulis yang baru sahaja bernikah pada tahun lalu (bulan disember) menjemput penulis dan rakan-rakan yang lain ke rumahnya untuk bacaan yasin demi memberkati rumah baru mereka.


(permandangan di luar rumah)


(suasana yang riuh rendah!)


(sedang menyediakan makanan)

2 Januari 2010 - shopping spree!

Ada beberapa perkara yang menggembirakan penulis menjelang tahun baru dan salah satunya ialah duit JPA dah masuk! Bagaikan penyelamat yang datang untuk menyelamatkan dompet yang lemas kerana kekurangan wang (hehehe...). Pada awal pagi lagi penulis dan 2 lagi sahabat bergerak ke kompleks membeli-belah Bukit Jambul (BJ). Dengan berbantukan kereta perodua Viva milik salah seorang sahabat, perjalanan kami menjadi lebih senang. Tujuan utama ke BJ adalah untuk menemankan seorang sahabat ni yang ingin membeli printer. Malangnya nasib apabila kami tiba terlalu awal di BJ dan kedai-kedai masih lagi tutup.


(bila lah kedai nak buka ni?)

jadi kami pun melakukan aktiviti yang lain seperti:-

window shopping


dan...

Bowling!

Bila 3 orang tak reti main bowling bermain bowling, apa yang jadi ye? hahahahaha..sebenarnya penulis pernah bermain bowling sebelum melangkah masuk ke zaman matriks, cuma tak selalu main jer..Maka bertempurlah kami bertiga untuk menjadi juara bowling! Pada awalnya penulis berjaya memintas markah sahabat-sahabat yang lain. Tetapi mungkin sifat bangga yang timbul menyebabkan pintu peluang terbuka kepada sahabat-sahabat penulis untuk memintas markah penulis. Keputusannya, penulis berada di tempat yang terakhir....swts!

Selepas bermain, kami terus ke tujuan asal kami; membeli printer. Memandangkan kedai sudah banyak dibuka, kami pun survey setipa kedai untuk mencari printer yang bagus dari segi kualiti, maintainance dan harga.

Selepas hajat tercapai, kami pun menuju ke suatu restoran untuk lunch. Nama restoran tersebut ialah restoran nasi ayam misai (pelik namanya).



pelik nama tetapi nasi ayam yang dihidangkan agak sedap. Sedap yang macam mana? penulis syorkan agar pembaca cuba sendiri di restoran tersebut. Sedapnya sehingga menjilat sudu. (^.^)


Selamat Tahun Baru
Jangan biarkan 2010 berlalu dengan begitu sahaja..