Friday, March 26, 2010

Laksanakan kebaikan, cegah kemungkaran


Mari kita berfikir sejenak, adakah para pembaca mempunyai haiwan peliharaan? Jika ya, adakah para pembaca menyayangi haiwan tersebut? Penulis yakin majoriti pembaca amat menyayangi haiwan peliharaan masing-masing apatah lagi haiwan tersebut dilahirkan dalam keadaan comel, cantik dan sebagainya.

Sekarang bayangkan yang para pembaca sedang menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Usai mengumpulkan daun-daun kering tersebut, para pembaca mula menyalakan api untuk membakar daun-daun tersebut. Unggun api yang besar dan sangat panas membuatkan pembaca terpaksa berganjak ke belakang untuk mengelak daripada terkena bahang api yang panas bak api nereka. Tiba-tiba haiwan peliharaan kesayangan pembaca tadi meluru laju ke unggun api tersebut! Apa tindakan pembaca takala melihat kejadian tersebut? Panik? Cuba menghalang? Menjerit? Penulis yakin para pembaca akan cuba menghalang haiwan kesayangan itu daripada masuk ke unggun api tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“tidak sempurna keimanan seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya”
(Riwayat Iman Bukhari dan Muslim)
Hadith Arba’in : hadith yang ke 13

Kasih sayang sesama manusia itu merupakan kunci kesempurnaan iman (indahnya Islam!). Jangan sangkakan iman dalam diri kita sudah sempurna jika kita tidak menyayangi saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri sendiri.

Perhatikan! Ramai sahaja saudara kita sekarang sedang menuju ke unggun api yakni neraka sebagaimana yang digambarkan dalam keadaan diatas. Persoalannya kenapa kita tidak menghalang saudara-saudara kita yang sedang menuju ke ‘unggun api’ ini? Tidak sayang kepada mereka? Kita kata kita beriman. Rasulullah mengatakan iman kita tidak sempurna jika tidak menyayangi saudara kita! Jika haiwan kesayangan kita menuju ke ‘unggun api’, kita sanggup bergadai nyawa menyelamatkannya. Itu baru haiwan kesayangan, bagaimana pula dengan saudara yang kita sayangi seperti kita menyayangi diri sendiri? Jadi apa lagi alasan kita untuk tidak mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran?

Istilah ‘jangan jaga tepi kain orang’ sering kali dijadikan alasan. Adakah kita tidak mahu mengambil berat tentang saudara yang kita sayangi dan kasihkan? Tepuk dada tanyalah iman. Memang tak dinafikan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran itu amat berat bagi kita yang imannya masih lagi kurang mantap. Namun itu bukan alasan untuk kita tidak melakukan amar makruf nahi mungkar.

Acap kali kita mendengar hadis yang berkisar tentang mencegah kemungkaran. Jika kita melihat kemungkaran, cegahlah ia menggunakan tangan, jika tidak dengan lisan, jika tidak dengan hati dan itulah selemah-lemahnya iman. Perhatikan, selemah iman kita pun kita masih lagi mampu mencegah kemungkaran dengan hati kita. Namun pada masa ini, kita langsung tidak mencegah kemungkaran walaupun dengan hati. Hati ini tidak pernah membenci sebaliknya meredhai perbuatan mungkar yang dilakukan.

Ayuh kita sedar, mungkin ada sahaja rakan-rakan kita yang sedang menghala ke ‘unggun api’ dan awas! Kita juga mungkin sedang menghala ke lembah jahanam tersebut. Bukalah mata kita, perhatikan keadaan sekeliling, tambahkan iman kita, tingkatkan ibadah kita, perbaiki diri, dan ajaklah kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.

Jadilah orang-orang yang beruntung sebagaimana firman Allah:

dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Ali-Imran: 104

Renung-renungkan

Friday, March 19, 2010

Aku tahu tapi.....

" kau dah tak join jemaah !@# ke?"

tanya penulis kepada salah seorang sahabat ketika kami sedang sama-sama minum di kafe. Mungkin terkejut dengan soalan yang agak direct, dia menarik nafas panjang sebelum menjawab.

"tak, aku..ntah lah...rasa macam tak boleh join diaorang lah"

" kenapa?" penulis cuba bertanya lagi.

"aku tak naklah malukan nama jemaah tu sebab aku bukannya elok sangat" balas sahabat tadi.

"maksud kau?" penulis masih belum jelas dengan apa yang ingin diperkatakan.

"yelah! kau tengok ye. aku selalu keluar dengan awek aku, lepas tu aku buat kerja2 dakwah. nanti apa yang orang lain cakap. Tak pasal-pasal nama jemaah tu pula akan jatuh pasal aku."

penulis hanya menggangguk faham.

"tengoklah kalau ada masa, aku join usrah abang A." balas dia lagi.

"jap! aku ada soalan!" tiba-tiba penulis mencelah.

"berdasarkan dari apa yang kata tadi tu, maknanya kau tahulah yang keluar dengan awek tu salah?"

Sahabat tadi mula mengukir senyuman sinis. Mungkin dia rasa seperti terperangkap dengan soalan penulis tadi.

"hahaha..aku tahu. sekarang ni aku dah jarang jumpa. Insya- Allah aku akan kurangkan" ujur sahabat tadi.

kami pun menghabiskan minuman dan terus masuk ke kuliah.

(ini bukan perbualan sebenar)

~~~~~@@@@~~~~

Begitulah sedikit sebanyak perbualan kami. Lihat disekeliling kita, kemungkaran berlaku dimana-mana sahaja. Persoalannya ada kah mereka si pelaku kemungkaran ini sedar akan kesilapannya. Sedarkah ia yang perbuatan dilakukan itu salah?

Majoriti pelajar-pelajar yang berlajar di universiti mempunyai asas agama dan boleh mengetahui perbezaan antara yang baik dan buruk. Namun kenapa masih ada yang melakukan kemungkaran. Adakah kerana didorong oleh faktor sekeliling (environment)? Mungkin. Jikalau semua dah buat, kita pun join je lah...

Mungkin mereka tahu perbuatan mereka itu salah dan mereka rasa tak mampu untuk meninggalkannya sehingga lah ada orang yang akan menolong atau memberi 'boost' kepadanya untuk meninggalkan perkara tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberi, kemungkaran perlu dijauhi. BUKA MATA kita dan lihat segala perbuatan kita; adakah ia perkara yang mungkar atau bukan. Jangan melihat dengan hanya SEBELAH MATA ataupun TIDAK MELIHAT langsung. Itulah yang terjadi pada masa ini, walaupun memiliki ilmu agama yang tinggi, namun masih lagi melakukan kemungkaran.

Muhasabah diri kita balik. Adakah kita sedang melakukan kemungkaran? Jika ya, cepat-cepatlah tinggalkannya. Jadilah orang yang sentiasa menyeru kepada kebaikan. Walaupun mungkin ilmu di dada tak setinggi mana. Namun Allah S.W.T berfirman

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya dibandingkan dengan orang yang menyeru kepada Allah dan melakukan amal shalih serta mengatakan sesungguhnya aku ini termasuk orang-orang yang berserah diri (islam)"

Fushilat 41:33

Renung-Renungkan lah

Thursday, March 18, 2010

Hiking @ Jaulah???

Ahad lalu, kami pergi mendaki bukit di taman belia (tak tahu apa nama bukit tu) sebagai salah satu aktiviti jaulah kami. Terus terang penulis katakan yang penulis belum pernah lagi menjejakkan kaki di taman belia apatah lagi melihatnya. Jadi aktiviti ini memberi peluang kepada penulis untuk melihat sendiri macam mana rupanya taman belia yang sering diperkatakan oleh sahabat yang lain. Mendaki bukit tak lah secabar mana cuma masing-masing kekurangan stamina akibat asyik duduk dihadapan meja belajar (kurang beriadah). Apa-apa pun aktiviti yang dilakukan memang menarik terutamanya aktivit menangkap gambar. (^.^). Penulis tidak mahu bercerita panjang, sila lihat gambar-gambar yang diambil ketika aktiviti ini sedang berlangsung.



Krew2 yang hadir




'warm up' sebelum beraksi




XPDC bermula!



Bergambar di kaki puncak bukit





bergambar lagi



melihat permandangan di kaki puncak



meneruskan perjalanan ke puncak





ehh kasut saper la ni!!???




Ketika sampai di kaki bukit (berhadapan taman botani)




selepas 'hiking', 'reflexology treatment' pula di taman belia




bergambar sebelum pulang


p/s: beriadah lah anda demi kesihatan tubuh badan anda.

Farm visit!

Pada 13 Mac yang lalu, pelajar-pelajar farmasi yang mengambil kursus veterinar untuk farmasi telah mengadakan satu lawatan ke ladang ternakan kambing dan lembu. Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para pelajar pusat pengajian farmasi USM dalam bidang veterinar. Penulis juga terlibat dengan lawatan tersebut. Lawatan selama beberapa jam memang meletihkan apatah lagi kami perlu berjalan kaki untuk ke ladang ternakan kambing. Namun, keletihan kami dibalas dengan pengalaman yang tak ternilai harganya. Berikut adalah sedikit gambar yang berjaya ditangkap ketika lawatan tersebut.



pelajar-pelajar farmasi sedang berkumpul sebelum bertolak ke ladang.




bergambar sebelum bertolak!



Destinasi pertama kami



Mendengar taklimat



Bergerak ke ladang kambing




demonstrasi memotong kuku kambing



Gambar kambing yang baru lahir. Umurnya baru 4 hari


Lawatan ke ladang lembu pula



Aktiviti 'mengambil' buah mempelam oleh pelajar wanita


p/s : Hebatnya makhluk ciptaan Allah! subhanallah!

Thursday, March 4, 2010

teka-teki

Ketika ber'Rehlah' di titi hayun, penulis ada mendengar beberapa teka-teki yang agak menarik dan disini ingin penulis berkongsi teka-teki tersebut bersama-sama para pembaca. Awas! jawapan yang diberikan mungkin akan menyebabkan para pembaca berasa pelik. Jika hal tersebut berlaku, segera tekan alt+F4 untuk keluar....hehehehe


Soalan 1
Perhatikan gambar ikan dibawah yang di buat dengan menggunakan 8 batang ranting kayu (konon lah). Dengan hanya menggerakkan 3 batang ranting tersebut, buatkan gambar ikan tersebut menghadap ke arah yang bertentangan (maksudnya ke kiri lah..)



Soalan 2

Berikut adalah err......binaan (agaknya) yang disusun menggunakan 6 batang ranting kayu. Dengan hanya menggerakkan 2 batang ranting kayu, buatkan binaan ini menjadi sebuah kotak yang dimana di dalam kotak tersebut ada nombor lima.


Soalan 3
11 batang ranting kayu disusun membentuk seekor kambing seperti yang dibawah (anggap jelah benda ni macam kambing). Dengan hanya menggerakkan 2 batang ranting kayu, jadikan seekor kambing ini kepada 2 ekor kambing!

Soalan 4
Merujuk kepada gambar kambing tadi juga. Dengan hanya menggerakkan 2 batang ranting kayu, buatkan kambing tersebut pandang ke arah yang bertentangan (ke kanan).



Jadi bagaimana? senang soalannya? Jika merasakan soalan ini susah, usah risau! Penulis ada sediakan jawapan bagi kesemua teka-teki ini. Tetapi penulis berharap pembaca cuba dahulu sebelum melihat jawapan untuk melatih minda kita dalam menjawab soalan-soalan yang pelik seperti teka-teki ni.







Jawapan soalan 1
Senang sahaja jawapannya. Sila lihat gambar di bawah dan beri perhatian kepada ranting kayu yang bewarna merah. Cuma alihkan ranting tersebut ke tempat yang lain dan anda berjaya menyelesaikannya.


Jawapan soalan 2
Lihat gambar di bawah untuk mengetahui jawapannya. Yup! V dalam roman beerti nombor lima....hehehe.
Jawapan soalan 3
2 ekor kambing dari seekor kambing? senang sahaja! lihat gambar di bawah. Jadikan kambing tersebut sedang bunting, maka ia sudah menjadi 2 ekor kambing....hahahaha


Jawapan soalan 4

Ini jawapan yang straight foward! Kalau ada pembaca yang tidak dapat menjawabnya, itu adalah kerana salah mentafsir soalan..kalau tidak percaya lihat semula soalan diatas.



p/s: =P

Berdoalah kepada-Nya


Pohonlah doa kepada Allah s.w.t kerana Allah itu dekat kepada hamba-hambanya dan akan memperkenankan segala doa yang diangkat kepadanya.

Firman Allah s.w.t dalam al-Quran:

"dan tuhanmu berfirman: " berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu...."

(Al-Mu'min, 40:60)

Namun hakikat pada masa ini, manusia semakin lupa dan jauh kepada Allah. Takala masalah datang melanda, manusia lebih rela ke sana-sini meminta pertolongan daripada manusia yang lain sehingga lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah. Bersusah payah berjumpa dengan orang lain demi mengadu rasa hati dan derita walhal Allah itu sentiasa mendengar rintihan hambanya dengan penuh rahmat.

Takala dilanda masalah atau ujian, manusia sering bertanya "dimanakah Allah?!". Mereka hilang pedoman, rasa dipencilkan dan hilang tempat mengadu walhal tempat mengadu itu sentiasa terbuka di sisi Allah. Inilah kesan daripada sikap manusia yang sering kali lupa bahawa Allah itu sentiasa berada hampir dengan dirinya.

"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

(Al-Baqarah, 2:186)

Ya! Allah itu hampir dan sudi memperkenankan segala doa yang diangkat kepadanya. Justeru itu, hairanlah jika ada manusia yang tidak berdoa kepada Allah s.w.t yang hampir kepadanya sebaliknya meminta-minta daripada makhluk-makhluk yang yang tidak berdaya untuk mengadu dan meminta pertolongan. Padahal kita menyedari sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambahlah rasa bencinya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta, bertambah pula kasih sayang-Nya kepada kita.

Allah tidak jauh daripada hambanya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu membuatkan kita berasa jauh daripada Allah.

Kita diajar di dalam Islam agar sentiasa bergantung kepada Allah kerana nescaya kita akan merasakan kehadiran Allah bersama-sama kita. Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaiman yang diperintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya dalam segala urusannya.

Mungkin akan ada yang bertanya: " Kenapa ada doa yang tidak dimakbulkan sedangkan Allah berfirman akan memakbulkan segala doa?" Al-Iman al-Qurtubi menjelaskan dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran bahawa setiap do'a itu tidak semestinya ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon. Jika anda berdoa mendapatkan kereta, tidak semestinya anda mendapat kereta. Doa seseorang mungkin akan dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang diterangkan oleh nabi Muhamad s.a.w dalam hadith baginda :

"tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan sesuatu doa yang tidak ada di dalam dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik di akhirat), ataupun diselamatkan dia dari keburukan yang seumpamanya."
(HR al-Iman Ahmad, sahih)

Maka jelaslah bahawa doa yang kita pohon itu jika tidak mempunyai sebab-sebab ditolak, pasti Allah akan diterima oleh Allah menerusi 3 perkara ini. Jika bukan di dunia, akan dimakbulkan di akhirat. Jika tidak, akan diselamatkan dari keburukan dan seumpamanya. Lihat! betapa luasnya rahmat Allah itu.

Cara doa itu termakbul adalah ketentuan Allah. Jangan pula kita menyoalkannya "aku nak doaku dimakbulkan di dunia!" dan sebagainya. Allah itu maha mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Maka redha lah dengan segala ketentuan Allah s.w.t.

Di samping itu, doa itu juga merupakan ibadah. Makhluk ciptaan-Nya akan dianggap beribadah jika dia berdoa kepada Allah s.w.t. Sama ada doa itu dimakbulkan atau tidak, ia tetap merupakan ibadah di sisi Allah. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam hadis hasan sahih yang bermaksud :

"Doa itu adalah ibadah"
(HR Tarmizi)

Nah! apa lagi alasan kita untuk tidak berdoa kepada Allah? Perhatikan ayat-ayat dari al-Quran dan hadis tadi, ketahuilah rahmat Allah itu melangit luas. Bukan sahaja kita diberi peluang untuk meminta daripada-Nya melalui berdoa, malah berdoa itu sendiri dikira sebagai ibadah dan ada pahala yang akan diberikan sebagai balasan.

Oleh itu, berdoalah kita kepada Allah s.w.t dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

Monday, March 1, 2010

Peristiwa di Kafe

Assalamualaikum



Baru-baru ini penulis ada berjumpa dengan seorang sahabat ni yang berasal dari Sabah takala sedang menjamah makanan di kafe. Kami pun berkenalan sambil bercerita tentang perihal diri masing-masing. Dia amat suka bercakap sehingga tajuk perbualan kami semuanya berkisar tentang dirinya...hehehe

Banyak juga perkara yang dibincangkan, tentang kisah hidupnya, study dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian penulis adalah ketika dia bercerita tentang kisahnya takala sedang membuat latihan industri di hospital sebagai kaunselor kesihatan.

Dia mengatakan setiap hari dia menerima dan memberi kaunseling kepada pesakit yang juga merupakan mangsa rogol!
"Masya-Allah! mangsa rogol? Apa dah jadi dengan lelaki sekarang ni? Mana sikap protective mereka terhadap wanita?" bisik hati kecil penulis takala mendengar cerita tersebut.

Sahabat tadi pula menambah bahawa kebanyakkan pesakityang datang terdiri daripada golongan remaja bawah umur. Melopong penulis mendengar penjelasan sahabat itu. Maknanya mereka ini bukannya dirogol, ada kemungkinan juga mereka ini berzina! Jika remaja di bawah umur melakukan hubungan seksual, lelaki tersebut boleh dianggap merogol budak perempuan tersebut (ini undang-undang tau!) kerana perempuan tersebut bawah umur.

" diaorang ni! kalau nak buat pun, buat lah lepas umur 18. hahahaha!" gurau sahabat tadi. Penulis hanya menguntumkan senyuman sambil menjamah semula nasi yang ada di pinggan. Zina semakin berleluasa dalam kalangan remaja dan cerita sahabat tadi menguatkan lagi fakta tersebut.

Siapan yang perlu dipersalahkan? ibu bapa? kerajaan? kawan-kawan? ataupun diri sendiri? Kita sebagai golongan yang berilmu seharusnya membendung masalah ini. Jika kita meihat kemungkaran berlaku di depan mata, wajib untuk kita mencegahnya. Namun perkara ini jarang berlaku. Kenapa? kerana umat islam sekarang sudah tidak tahu membezakan antara yang benar dan yang batil. Jadi tuntulah ilmu agar kita mendapat Furqan (pembeza) antara yang benar dengan yang batil. Cegahlah kemungkaran selagi mampu kerana banyak umat yang terdahulu musnah kerana tidak menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.

"dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."
(Ali-Imran, 3:104)

Renung-renungkan lah.....