Friday, March 19, 2010

Aku tahu tapi.....

" kau dah tak join jemaah !@# ke?"

tanya penulis kepada salah seorang sahabat ketika kami sedang sama-sama minum di kafe. Mungkin terkejut dengan soalan yang agak direct, dia menarik nafas panjang sebelum menjawab.

"tak, aku..ntah lah...rasa macam tak boleh join diaorang lah"

" kenapa?" penulis cuba bertanya lagi.

"aku tak naklah malukan nama jemaah tu sebab aku bukannya elok sangat" balas sahabat tadi.

"maksud kau?" penulis masih belum jelas dengan apa yang ingin diperkatakan.

"yelah! kau tengok ye. aku selalu keluar dengan awek aku, lepas tu aku buat kerja2 dakwah. nanti apa yang orang lain cakap. Tak pasal-pasal nama jemaah tu pula akan jatuh pasal aku."

penulis hanya menggangguk faham.

"tengoklah kalau ada masa, aku join usrah abang A." balas dia lagi.

"jap! aku ada soalan!" tiba-tiba penulis mencelah.

"berdasarkan dari apa yang kata tadi tu, maknanya kau tahulah yang keluar dengan awek tu salah?"

Sahabat tadi mula mengukir senyuman sinis. Mungkin dia rasa seperti terperangkap dengan soalan penulis tadi.

"hahaha..aku tahu. sekarang ni aku dah jarang jumpa. Insya- Allah aku akan kurangkan" ujur sahabat tadi.

kami pun menghabiskan minuman dan terus masuk ke kuliah.

(ini bukan perbualan sebenar)

~~~~~@@@@~~~~

Begitulah sedikit sebanyak perbualan kami. Lihat disekeliling kita, kemungkaran berlaku dimana-mana sahaja. Persoalannya ada kah mereka si pelaku kemungkaran ini sedar akan kesilapannya. Sedarkah ia yang perbuatan dilakukan itu salah?

Majoriti pelajar-pelajar yang berlajar di universiti mempunyai asas agama dan boleh mengetahui perbezaan antara yang baik dan buruk. Namun kenapa masih ada yang melakukan kemungkaran. Adakah kerana didorong oleh faktor sekeliling (environment)? Mungkin. Jikalau semua dah buat, kita pun join je lah...

Mungkin mereka tahu perbuatan mereka itu salah dan mereka rasa tak mampu untuk meninggalkannya sehingga lah ada orang yang akan menolong atau memberi 'boost' kepadanya untuk meninggalkan perkara tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberi, kemungkaran perlu dijauhi. BUKA MATA kita dan lihat segala perbuatan kita; adakah ia perkara yang mungkar atau bukan. Jangan melihat dengan hanya SEBELAH MATA ataupun TIDAK MELIHAT langsung. Itulah yang terjadi pada masa ini, walaupun memiliki ilmu agama yang tinggi, namun masih lagi melakukan kemungkaran.

Muhasabah diri kita balik. Adakah kita sedang melakukan kemungkaran? Jika ya, cepat-cepatlah tinggalkannya. Jadilah orang yang sentiasa menyeru kepada kebaikan. Walaupun mungkin ilmu di dada tak setinggi mana. Namun Allah S.W.T berfirman

"dan siapakah yang lebih baik perkataannya dibandingkan dengan orang yang menyeru kepada Allah dan melakukan amal shalih serta mengatakan sesungguhnya aku ini termasuk orang-orang yang berserah diri (islam)"

Fushilat 41:33

Renung-Renungkan lah

2 comments:

Kambenggurun said...

mungkin kerana iman di dada yang rapuh.

Anonymous said...

pandangan yang bernas...
jadi apa solusi yang kita patut berikan kepada mereka?

Post a Comment