Monday, January 18, 2010

Serigala dalam diri


Seorang nenek tua sedang bercerita kepada cucunya
"tahukah cucuku bahawa di dalam badan kita terdapat dua ekor serigala?"

"Serigala yang pertama mempunyai sifat-sifat yang terpuji (baik hati, tidak sombong etc) dan berkelakuan baik"

"Serigala yang kedua pula memiliki sifat-sifat yang buruk dan tercela (sombong, dengki,pemarah etc) dan berkelakuan sangat buruk"

Si cucu mengangguk kepala tanda faham

Si nenek pun menyambung ceritanya
"Kedua-dua serigala ini pula sering bergaduh di dalam badan kita, sentiasa bergaduh tanpa mengira waktu dan tempat"

"Siapakah yang akan menang nanti?" celah si cucu itu dengan perasaan ingin tahu

Si nenek tersenyum lalu berkata

"serigala yang akan menang ialah...."

"
SERIGALA MANA YANG KAMU BERI IA MAKAN"



Thursday, January 14, 2010

Rintihan sang pemimpin

Tidur masih lagi belum cukup bagiku
Bantal dan tilam yang empuk masih lagi
tidak dapat mengurangkan kepenatan
hari ini, semalam, dan minggu lepas

Amanah
tidak elok jika aku katakan
ia merupakan punca segala kepenatan ku
kekadang terfikir kenapa
kenapa aku yang dipertanggungjawabkan
dengan amanah ini

Kenapa diriku yang menjadi perhatian?
apa yang ada pada diriku
yang tiada pada orang lain
sehingga amanah ini diberikan kepada ku

Hidup ku sekarang dihujani dengan amanah
satu demi satu datang bagai titisan air hujan
ada yang sudah berada di dalam genggaman ku
ada juga yang sedang menunggu
untuk aku menggenggamnya

Beratnya hati dan jiwa
bila memikirkan tanggungjawab yang sedang dipikul
dan yang akan dipikul
layak kah aku?
mampukah aku?

Amanah ini terlalu berat bagiku
Ingin sekali aku lari
lari dari segala amanah dan tanggungjawab ini
berehat di suatu tempat
yang aman dan sunyi
tanpa gangguan masalah dan tekanan hidup

Tuhan seperti mendengar rintihan ku
Ayat terakhir Al-Baqarah bagaikan jawapan kepada segala masalah ku
baru ku sedar
yang sebenarnya aku mampu
mampu melakukan
melaksanakan
segala amanah yang telah diberikan
kerana
tuhan tidak akan membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya

maka
ku teruskan langkah hidup ku
ku betulkan niat di dada
ku laksanakan segala tanggungjawab dan amanah dengan saksama
moga-moga
tuhan redha dengan apa yang akan ku lakukan di dunia

Ya Allah
berikanlah kami
kebaikan di dunia dan di akhirat
serta jauhkanlah kami dari
seksaan api neraka
Amin ya rabbulalamin



Wednesday, January 6, 2010

Jazakallah Akh!

Jazakallah diucapkan kepada sahabat-sahabat penulis yang membuat sambutan hari lahir penulis secara mengejut ketika halaqah semalam. bagi yang berkenaan, penulis mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas pemberian hadiah walaupun hakikatnya hari lahir penulis adalah pada 8 Januari 1989 a.k.a hari Jumaat ni. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi dan penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada AM iaitu pada tarikh 6 Januari 1988.



(banyak nye hadiah!)

Saturday, January 2, 2010

It's year 2010!

assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki tahun 2010 masihi. Penulis berharap agar para pembaca menjadikan tahun baru ini sebagai titik perubahan untuk berubah menjadi lebih baik. Insya-allah!

Untuk post kali ini, penulis akan berkongsi sedikit sebanyak tentang aktiviti yang dilakukan oleh penulis dan rakan-rakan menjelang tahun 2010.


1 Januari 2010 - Bacaan Yasin di rumah baru Jam

Jam, sahabat penulis yang baru sahaja bernikah pada tahun lalu (bulan disember) menjemput penulis dan rakan-rakan yang lain ke rumahnya untuk bacaan yasin demi memberkati rumah baru mereka.


(permandangan di luar rumah)


(suasana yang riuh rendah!)


(sedang menyediakan makanan)

2 Januari 2010 - shopping spree!

Ada beberapa perkara yang menggembirakan penulis menjelang tahun baru dan salah satunya ialah duit JPA dah masuk! Bagaikan penyelamat yang datang untuk menyelamatkan dompet yang lemas kerana kekurangan wang (hehehe...). Pada awal pagi lagi penulis dan 2 lagi sahabat bergerak ke kompleks membeli-belah Bukit Jambul (BJ). Dengan berbantukan kereta perodua Viva milik salah seorang sahabat, perjalanan kami menjadi lebih senang. Tujuan utama ke BJ adalah untuk menemankan seorang sahabat ni yang ingin membeli printer. Malangnya nasib apabila kami tiba terlalu awal di BJ dan kedai-kedai masih lagi tutup.


(bila lah kedai nak buka ni?)

jadi kami pun melakukan aktiviti yang lain seperti:-

window shopping


dan...

Bowling!

Bila 3 orang tak reti main bowling bermain bowling, apa yang jadi ye? hahahahaha..sebenarnya penulis pernah bermain bowling sebelum melangkah masuk ke zaman matriks, cuma tak selalu main jer..Maka bertempurlah kami bertiga untuk menjadi juara bowling! Pada awalnya penulis berjaya memintas markah sahabat-sahabat yang lain. Tetapi mungkin sifat bangga yang timbul menyebabkan pintu peluang terbuka kepada sahabat-sahabat penulis untuk memintas markah penulis. Keputusannya, penulis berada di tempat yang terakhir....swts!

Selepas bermain, kami terus ke tujuan asal kami; membeli printer. Memandangkan kedai sudah banyak dibuka, kami pun survey setipa kedai untuk mencari printer yang bagus dari segi kualiti, maintainance dan harga.

Selepas hajat tercapai, kami pun menuju ke suatu restoran untuk lunch. Nama restoran tersebut ialah restoran nasi ayam misai (pelik namanya).



pelik nama tetapi nasi ayam yang dihidangkan agak sedap. Sedap yang macam mana? penulis syorkan agar pembaca cuba sendiri di restoran tersebut. Sedapnya sehingga menjilat sudu. (^.^)


Selamat Tahun Baru
Jangan biarkan 2010 berlalu dengan begitu sahaja..


Monday, December 28, 2009

Sem baru, semangat baru...!

assalamualaikum

masih belum terlambat lagi rasanya untuk penulis mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni. Bulan Muharram agak special bagi umat islam iaitu berlakunya banyak peristiwa yang penting dalam sejarah islam seperti hijrah dan tidak lupa pula hari As-Syura pada 10 Muharram. Kebanyakkan umat islam berpuasa sunat pada hari ke-9 dan ke-10 Muharram. Walaupun penulis tidak mengetahui dalil-dalil tentang puasa pada hari as-Syura , penulis yakin ada hikmah kenapa kita disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.

Pagi tadi, kuliah bagi sem 4 telah pun berjalan seperti biasa dan memeranjatkan sebab kami telah diberi kerja rumah pada hari pertama kuliah(apalah nasib badan...)

(Library! inilah kali pertama penulis menjejakkan kaki di library untuk tahun 2009)

Seperti biasa, bila buka jer sem baru, para pelajarnya hadir ke kuliah dengan semangat berkobar-kobar...
ada yang berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan ada juga yang berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Pokoknya, hati mereka membara menyala-yala dengan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi sem baru ini..
Tapi kalau kita lihat semasa pertengahan sem nanti, semangat mereka semuanya pudar bak unggun api yang padam disirami hujan. kenapa boleh jadi macam tu ye??

ketika mendengar seorang sahabat yang sedang memberi tazkirah membuatkan penulis berfikir tentang masalah kenapa semangat yang membara itu boleh pudar. Bila kita melakukan sesuatu perkara, contohnya seperti menyelesaikan masalah kita sepatutnya menekankan 2 aspek ini:-

1) SEMANGAT BERSUNGGUH-SUNGGUH

2)DISPLIN

Mari kita kaitkan aspek-aspek ini dengan belajar. Jika pada awal sem kita sudah menyusun jadual dan merangka gerak kerja yang sangat hebat dimana kalau kita lihat perancangan yang dilakukan itu seolah-olah kita akan confirm dapat 4 flat jika plan itu dilaksanakan.
Tapi, jika rancangan yang dirangka itu hebat dan dilakukan dengan semangat yang kurang bersungguh-sungguh. Maka sia-sia perancangan yang dilakukan. Ini kerana perancangan yang baik memerlukan semangat yang besar untuk melakukannya.

"great plan require great will"


displin juga amat penting kerana jika perancangan itu bagus dan hebat tetapi kurangnya displin dalam diri ketika melaksanakan (contohnya; buat kerja diakhir waktu, buat kerja tidak mengikut apa yang dirancangkan,etc), maka seperti ayat diatas; sia-sia perancangan yang dilakukan itu.

Jadi secara kesluruhannya semangatyang bersungguh-sungguh dan displin amat penting dalam diri kita terutamanya bila kita ni bergelar mahasiswa. Timbul pula persoalan bagaimana kita dapat memastikan semangat bersungguh-sungguh dan displin itu ada dan sentiasa ada di dalam diri kita? Persoalan ini penulis tinggalkan kepada para pembaca untuk menjawabnya.

"Tepuk dada, tanyalah selera"

Wednesday, December 2, 2009

Filem tentang......

Sedih, lucu, geram! semua perasaan ni bercampur aduk sebati bak ramuan yang dikisar halus dek 'blender' di dapur. Itulah perasaan penulis apabila menonton filem pendek yang bertajuk 'Jesus save dini, a indonesian muslim'.

Filem ini penulis ambil daripada sahabat penulis ketika melawat rumahnya semalam. Semasa penulis tengah 'menyedut' cerita ni, sahabat tu mengatakan bahawa sesiapa je yang imannya lemah, jika dia tonton filem ni kemungkinan besar dia akan terpesong. Amaran dari sahabat penulis tu amat menakutkan apatah lagi melihat kondisi penulis; iman yang dimiliki pun taklah seteguh mana.

Alang-alang dah terambil, tonton sajalah! Balik dari melawat, penulis terus tonton filem tersebut. Ok, sekarang kita bincang pasal sinopsis filem tu.

filem ni menceritakan tentang kisah hidup dini, seorang gadis islam yang tinggal bersama keluarganya di Gombong (satu tempat di indonesia). Cerita bermula dengan sedikit kata-kata dan ucapan dari dini sendiri dan disusuli dengan babak dimana dini dan seorang perempuan islam berada di dalam keretapi. Entah macam mana keretapi itu mengalami masalah dan terpaksa berhenti buat seketika. Kebetulan pula keretapi itu berhenti tepat dikawasan di mana dini membesar, iaitu Gombong. Maka ketika memorinya datang mengimbau, dini pun menceritakan kisah hidupnya pada perempuan islam tu.

cerita dimulakan dengan kematian ayah dini ketika dini masih kecil (12tahun). Apa yang menjadi masalahnya ialah adik kepada ibu dini mengandung hasil dari hubungan sulit dengan bapa dini dan ibu dini juga ketika itu sedang mengandung. Jadi kehidupan mereka akan susah sebab tiada siapa yang akan bekerja dan menanggung mereka. Adik kepada ibunya (makcik dini lari dari kampung sebab malu dengan orang kampung. Kebencian dini mula membara apabila orang kampung dan orang yang diharapkan (pakciknya) untuk bergantung mengutuk mereka dan bapak dini.

Sebaik sahaja wang bersara bapa dini sampai, mereka pun berpindah ke semarang. Disana, ibu dini membuka sebuah kedai. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka masih lagi susah. Disebabkan dipandang hina oleh masyarakat, makcik dini dan anaknya duduk menumpang bersama dini dan ibunya di semarang. Dini memang tidak menyukai makciknya menetap bersama mereka dan kebencian dini bertambah-tambah. Akhirnya makcik dini dan anaknya keluar dari rumah tersebut setelah dini menyuruh ibunya memilih dia atau makciknya. Pemergian makciknya akhirnya membuatkan kebencian dini terhadap makciknya beralih pula kepada ibunya setelah dini mendapat tahu yang ibunya bercadang untuk berkahwin lagi.

ketika di zaman sekolah, dini mula berfikir tentang kehidupannya. kenapa dia perlu berbuat baik dan menunaikan solat kalau dia tidak dapat masuk ke syurga sebab tidak memaafkan emaknya. Maka, dini mula lupa akan agamanya dan mula melanggar peraturan. Ketika di sekolah tinggi, perubahan pada dini mula berlaku setelah melihat kawan-kawannya yang ditangkap kerana mencuri dan sebagainya. Maka kesedaran mula timbul pada diri dini.

Pada bulan Ramadhan, dini mula kembali kepada islam. Dia mula membaca buku-buku agama, membaca Al-Quran dan menunaikan solat. Ketika dia sedang menunaikan solat sunat tahajuddan memohon doa kepada tuhan agar diberi petunjuk, dia melihat cahaya yang terang dan ada orang didalam cahaya tersebut. Entah macam mana dini mengatakan bahawa dia merasakan cahaya itu Jesus (Isa a.s). Jesus mengajak dia untuk mengikutnya dan dini pun bersetuju.

dini mula mencari orang kristian dan meminta bible untuk membaca. Apabila ibu dini mendapat tahu keadaan dini, dia dihalau keluar oleh seluruh keluarganya. Dia mula hidup berdikari dan belajar. Kehidupan dini semakin baik dan dini mendapat kerja di semarang. Pada mulanya segalanya amat sukar tetapi semuanya mula menjadi normal dan dini pun menetap bersama ibunya. Dipendekkan cerita, dini terdengar cerita tentang makciknya yang mengalami masalah hidup dan anaknya yang tiada pekerjaan. Dini pun melawat makciknya dan memohon maaf atas segala kesalahan yang dilakukan terhadap makciknya. Dini juga membantu anak makciknya untuk mencari kerja dan kehidupan mereka pun berubah.

kisah hidup dini berhenti disitu takala keretapi mula bergerak semula. perempuan islam yang duduk dihadapannya seolah-olah terharu dengan cerita dini dan digambarkan yang dia seperti mula terbuka hati untuk memeluk agama kristian.

filem ini diakhiri dengan ucapan dari seorang yang tak dikenali yang mengajak penonton untuk mengikut ajaran kristian.


begitulah sedikit sebanyak cerita filem ni....

komen penulis....
seperti yang dikatakan tadi, perasaan penulis bercampur baur; sedih ,lucu dan geram.

kenapa geram?
penulis geram apabila melihat islam digambarkan sebagai agama yang tidak benar terutamanya apabila dini bertemu jesus selepas menunaikan solat sunat TAHAJUD! Sepekara lagi, penulis geram dengan sikap dini yang terus memeluk agama kristian hanya kerana melihat Jesus ketika berdoa selepas solat sunat tahujud. Tambahan pula, apa yang dini nampak ketika berdoa ialah seorang manusia yang badannya bercahaya (tidak nampak muka). Maka, macam mana dini boleh mengatakan itu adalah Jesus tanpa bertanya?

kenapa lucu?
lucu sangat-sangat melihat lakonan perempuan islam yang sedang mendengar cerita dini tu. Dia berlakon seolah-olah dia terharu dan tersentuh dengan cerita dini terutama ketika dini menceritakan tentang bertemu dengan Jesus!

kenapa sedih?
sedih mendengar cerita dini yang ditimpa kesusahan yang tak berkesudahan. lagi sedih mengenangkan keadaan dia yang jauh tersimpang dari jalan kebenaran. Bayangkan jika Allah s.w.t membiarkan kita sesat setelah kita berada di landasan yang benar, nauzubillah! berdoalah supaya kekal dijalan yang benar!

Filem ini memang tujuannya untuk mengajak orang islam dan masyarakat untuk mengikut agama kristian. Inilah buktinya musuh-musuh islam memang sedang bergiat untuk menyebarkan ajaran mereka.

Kuatkan lah iman dan pertingkatkanlah ilmu agama dalam diri. Pohonlah doa suapaya diri ini kekal dijalan yang benar dan sentiasa diberikan petunjuk. Insya-Allah, kita tidak akan sesat.

Ya Allah! berikanlah petunjuk kepada kami dan kepada mereka yang memerlukannya. Amin.

Friday, November 27, 2009

Selamat hari raya Aidil Adha!



Selamat hari raya aidil adha diucapkan
kepada semua buat para pembaca blog yang tak seberapa ni.
semoga hari raya aidil adha kali ini memberi bukan sedikit
tetapi sebanyak manfaat yang mungkin kepada diri kita.