Thursday, November 19, 2009

2012?

Cuma lagi beberapa hari lagi penulis akan berangkat pulang ke kampung halaman..err...ehh!..bukan...kota halaman yang tercinta. Jadi penulis cuba memanfaatkan kemudahan internet di USM ini untuk kali terakhir dengan melayari internet mencari sumber maklumat, tutorial adobe dan membaca blog rakan-rakan. Tak dilupakan juga aktiviti men'download' movie yang menarik apatah lagi internet pada ketika ini sangat laju. Maklumlah, dah ramai pelajar pulang untuk bercuti. Sekarang penulis sedang men'download' cerita yang amat menarik iaitu filem 2012.


Penulis ada la melihat preview atau trailer filem ni. Filem ini mengisahkan tentang keadaan bumi ketika menjelang 2012 dimana menurut kalender orang mayan (orang mana ni ye?) pada tahun tersebut akan berlakunya kiamat. maka berlakulah segala bencana alam dan manusia pun melarikan diri mereka dan bersembunyi di tempat yang selamat. Ending untuk filem ni tak pasti apa dia, tapi penulis boleh agak yang watak utama dia mesti survive sehingga tamat cerita...hahahaha!

Ramai sahabat penulis yang dah menonton filem ni di wayang. Mereka kata filem ni memang best (tu yang penulis dok download ni). Harap-harap apa yang dikatakan oleh mereka tu betul..kalau tak buat tenaga dan masa je penulis download filem ni.

Bila bercerita tentang hari kiamat ni, ada persoalan yang tiba-tiba mucul di dalam kepala penulis. Persoalannya:

"betulkah kiamat dah dekat?"
"adakah aku sudah sedia untuk menghadapi hari kiamat?"

bila terfikir je perkara ni, bulu roma meremang, jantung berdegup kencang bak terkena tarchycardia.Perasaan takut bukan kepalang.
sudah bersedia kah kita menghadapi hari kiamat?

Kalau betul lah 2012 itu hari kiamat, sudahkah kita bersedia dengan bekalan kita? Masalahnya kalau 2012 itu hari kiamat, kita masih ada masa lagi untuk beribadah dan bertaubat. Tapi seperti yang kita tahu hari kiamat tu bukanlah dalam skop pengetahuan kita, dengan kata lain kita tak tahu bila ia akan berlaku. mungkin pada 2012, mungkin selepas 2012 atau LEBIH AWAL dari 2012. Mungkin sahaja kiamat akan berlaku pada esok hari ataupun berlaku selepas sahaja penulis menaip 'post' ni. siapa tahu?

jadi kebarangkalian kiamat tu akan berlaku pada masa yang terdekat ni amat tinggi kerana sudah banyak tanda-tanda awal kiamat telah pun muncul dengan jelas sekali. Jadi sepatutnya kita harus ada perasaan takut dan sekarang ini sepatutnya kita banyak melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, bertaubat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, ramai lagi yang masih alpa, mengejar dunia yang sia-sia dan lupa pada tuhan.

ketahuilah bahawa bila berlakunya hari kiamat tu, segala taubat sudah tidak diterima lagi. Semua manusia akan mati bila berlakunya kiamat, tiada seorang pun yang terselamat atau dapat menyelamatkan diri seperti mana yang ditunjuk di dalam filem.

Jadi sama-sama kita renungkan. Berubahlah/ berhijrahlah kepada keadaan yang lebih baik. Moga-moga kita akan mendapat tempat di syurga kelak..insya-allah.


Tuesday, November 17, 2009

Bebas

Tepat pada pukul 5 petang, 16 oktober 2009, semua pelajar farmasi tahun 2 telah pun menamatkan ujian terakhir mereka; fizikal farmasi.

Bagaikan hidup semula badan ini rasanya. Dada seperti menjadi lapang, kepala ringan seolah-olah sedang terbang di udara sambil membelah awan, hati gembira teramat sangat sampai tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Begitulah perasaan penulis sebaik sahaja melangkahkan kaki keluar dari dewan peperiksaan MO8 DUD RST. Dengan tertapaknya langkah kaki pertama penulis di luar dewan peperiksaan itu, maka habis sudahlah segala peperiksaan yang perlu dihadapai oleh penulis untuk sem 3 ini.

Perasaan ini bukan sahaja dirasakan oleh penulis , sahabat-sahabat yang lain mahupun lelaki ataupun perempuan juga berasa gembira kerana telah berjaya menamatkan kertas ujian terakhir mereka. Sudah pasti di dalam perkara mereka terbayang-bayangkan kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Memang itu lah yang diimpikan oleh semua pelajar farmasi tahun 2; balik kampung dan cuti yang panjang.

Walaupun ujian telah pun habis pada 16 haribulan, penulis hanya akan pulang ke kampung halaman pada 23 hb atau 24hb (tengok keadaan) kerana ada tugas lain yang perlu dilaksanakan.

Apa-apa pun, cuti sem ini memang penulis nantikan sebab ada banyak perkara yang ingin penulis lakukan semasa cuti. Harap-harap cuti kali ini penulis dapat berehat dengan tenang dan dapat istiqamah dengan ibadah...insya-allah..

Selamat bercuti buat sahabat-sahabat sekalian
IBNUSHARIF
p/s: bebas pun bebas la...tapi jangan sampai lupa perkara yang penting

Friday, October 23, 2009

Surat cinta buatmu!


Al-Quran

Surat cinta daripada pencipta kita, Allah S.W.T yakni Al-Quran banyak mengandungi manfaat dan kebaikan buat kita, umat manusia. Sudah ramai ahli saintis, professor dan doktor (termasuklah golongan yang tak beriman)yang memperakui kehebatan Al-Quran. Ilmu yang terselit didalam kalamullah ini memang mengagumkan dan jauh lebih maju daripada yang boleh otak manusia fikirkan.

Sebagai orang islam, Al-Quran menjadi rujukan kita yang sangat penting. Namun kini, Al-Quran itu semakin ditinggalkan, jauh ditinggalkan dari hidup seseorang manusia terutama manusia yang mengaku dirinya menge-Esa-kan Allah S.W.T . Al-Quran tidak lagi dibaca, diletakkan di atas almari atau pun diletakkan sebagai perhiasan di ruang tamu. Akibatnya, manusia sekarang menghadapi berbagai masalah yang tiada penghujungnya akibat daripada sikap sombong untuk membuka, membaca dan mencari jawapan yang sedia ada di dalam Al-Quran.

Melupakan Al-Quran samalah ertinya dengan menjauhkan diri dari fungsi dan manfaatnya bahkan tidak menghormati kedudukannya. Akhirnya sikap melupakan Al-Quran ini akan mendatangkan bahaya seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Antaranya:-

1)Kesesatan yang nyata

"dan barang siapa menentang Rasul(Muhammad) setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan dia dalam kesesatan yang telah dilakukannya itu dan akan kami masukkan dia ke dalam neraka jahanam, dan itu seburuk-buruk tempat kembali."
(An-Nisa', 4:115)

hukum yang ada dalam Al-Quran adalah petunjuk yang benar. Sesiapa yang tidak menggunakan Al-Quran sebagai petunjuk beerti dia menggunakan petunjuk yang lain dari Al-Quran walhal petunjuk yang sebenarnya ialah petunjuk Allah. Maka sesatlah mereka yang berpaling dari petunjuk Allah S.W.T

2)kesempitan dan kesesakan

Al-Quran itu merupakan petunjuk dari Allah.Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk mendapat petunjuk, Allah akan melapangkan dadanya. Sebaliknya, yang tidak mendapat petunjuk, dadanya akan terasa sempit menghimpit seakan-akan sedang naik ke langit seperti yang disebut didalam Al-Quran:-

"barangsiapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) islam. Dan barangsiapa dikehendakin-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman"
(Al-An'am, 6:125)

3)Kehidupan yang sempit

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"
(Taha, 20:124)

sesiapa yang tidak mengikuti petunjuk Allah, maka kehidupannya pasti penuh dengan masalah. Mengikuti petunjuk buatan manusia seolah-olah menjerumuskan diri kedalam kepentingan pelbagai pihak sehingga akhirnya dia akan terombang-ambing di antara kepentingan-kepentingan tersebut. Dengan kata lain, jauhnya diri kita dari Al-Quran iaitu petunjuk Allah, maka kesusahanlah yang akan menimpa kehidupan kita.

4)Buta mata hati

"maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada"
(Al-Hajj, 22:46)

Mereka tidak dapat melihat kebenaran Al-Quran bukan kerana mata mereka buta, tetapi hati mereka yang buta. Orang yang buta apabila lahir mungkin sahaja mendapat kehidupan yang baik selama hatinya tidak buta. Maka janganlah kita tinggalkan Al-Quran kerana takut mata hati kita akan menjadi buta dan tidak dapat melihat petunjuk daripada Allah S.W.T.

5)Kekerasan hati


Di antara mukjizat Al-Quran adalah kekuatan melembutkan hati sehingga orang yang kasar dan kaku pun mampu menjadi lembut kerananya. Kita ungkap semula sirah nabawiyyah, kisah Umar Al-Khattab r.a ketika Umar tersentuh dengan Islam. Sedang amarah, kebencian, dan permusuhan berkobar-kobar, segalanya lenyap bagai api yang padam disirami air yang sejuk ketika Umar mendengar bacaan Al-Quran oleh adiknya. Hati Umar tersentuh dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan membuatkan hatinya yang tadi keras bagaikan batu kini menjadi lembut. Maka, kalau kita tinggalkan Al-Quran, tidak memdengarkan bacaan Al-Quran, hati kita akan keras bahkan lebih keras daripada batu.

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik."
(Al-Hadiid, 57:16)

6)Kezaliman dan kehinaan

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa."
(As-Sajdah, 32:22)

Sesiapa yang berpaling daripada Al-Quran maka akan diberi balasan yang buruk kepada mereka. Jadi kenapa perlu kita tinggalkan Al-Quran dan menggantikannya dengan kesesatan yang nyata? Ini merupakan tindakan yang zalim terhadap diri sendiri dan juga orang lain kerana kezaliman ini akan menyebabkan hilangnya kehormatan sehingga menjadi hina di sisi Allah dan manusia.

7)menjadi teman syaitan

Syaitan sangat menyukai orang yang meninggalkan Al-Quran. Kenapa? kerana mereka akan jadi sahabat yang 'karib' kepadanya sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran:-

"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami biarkan syaitan (yang menyesatkan) dan menjadi teman karibnya."
(Az-Zukhruf, 43:36)

8)Lupa diri

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Al-Hasyr, 59:19)

Akibat dari melupakan Allah, dia akan dilupakan Allah, walhal kepentingannya sangat tergantung kepada-Nya. Melupakan Al-Quran sama dengan melupakan diri sendiri. Hal ini akan menimbulkan bahaya iaitu kefasikan dan kemunafikan. Semua itu akam membawa kepada kesengsaraan didunia mahupun di akhirat.


Kesimpulannya, meninggalkan Al-Quran hanya akan mendatang kesengsaraan di dalam hidup kita baik di dunia mahupun dia akhirat. Maka cubalah dekatkan diri dengan Al-Quran kerana banyak fadhilat dan manfaat yang boleh kita ambil.

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. "
(Ar-Ra'd, 13:28)

sumber rujukan: materi tarbiyyah

IBNUSHARIF

Saturday, October 17, 2009

Update

Assalamualaikum

Setelah sekian lama blog ini ditinggalkan, akhirnya penulis berjaya juga mencuri masa untuk 'update' blognya dengan wajah yang baru! Penampilan blog kali ini agak simple tetapi menarik (pada pandangan penulis). Harap penampilan baru ini dapat memberi suasana yang 'best' kepada pembaca blog yang tak seberapa ni.

Sem kali ini boleh dikatakan sem yang paling sibuk bagi pelajar-pelajar farmasi tahun 2 termasuklah penulis sekali. Dengan lab report, projek konvokesyen, kuliah, test, kuiz, exam, presentation, memang penatlah. Tapi ini baru sedikit, bila advance ke tahun 3 dan 4, kerja akan menjadi lagi banyak dan susah! (Ya! Allah permudahkanlah segala urusanku)

Nak berkongsi cerita sedikit dengan para pembaca, semalam sebelum hendak melelapkan mata di kamar, penulis sedang meng'set'kan alarm pada handphonenya. Bila saja penulis mencapai handphone, tertera msg "3 miss called" di kaca skrin handphone penulis.

"ai! makhluk mana yang call aku malam2 ni?"

rupa-rupanya sahabat lama penulis yang membuat miss called tu. Tanpa berlengah penulis terus menelefon dia semula dan kami pun berborak panjang (agak lama juga dalam sekitar 20-30 minit). Nasib baik masing-masing menggunakan U-pax, kalau tak mahu habis kredit handphone penulis. maklumlah sahabat penulis tu di perak, penulis di Pulau Pinang. Kami berborak panjang sehinggalah dia bercerita tentang perancangannya untuk melamar zaujah(pasangan hidup) pilihan hatinya. Perasaan penulis terkejut bercampur gembira. Mana taknya, perkahwinan itu kan suatu perkara yang elok. Jadi sahabat tadi meminta pandangan dan bantuan daripada penulis.

"tak terlalu awal ke fikir pasal benda ni?"
"taklah..mana ada awal..biasa je"
"oo..ye ke?"
"aku ada kenalan yang dimana dia bernikah ketika umur dia sebaya kita, 20 tahun dan ketika itu dia masih lagi belajar di U**. Ok jer.."
"oo..."

lebih kurang begitulah sedikit sedutan dari perbualan kami. Kami bercakap pasal perkahwinan dan calon isteri jer sepanjang perbualan tersebut.Hehehe....
Apa yang bagusnya tentang sahabat ni, dia ambil perkara yang berkaitan dengan hal cinta ini secara serius. Dia memandang hubungan cinta diantara manusia secara serius seperti mana yang kita tahu bahawa hubungan sah bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah hanya hubungan suami dan isteri, bukannya girlfriend dan boyfriend. Sebab itu dia memandang hubungan cinta itu lebih jauh iaitu kearah gerbang pernikahan dan itulah yang selok-eloknya.

Apa-apa pun, penulis akan mendoakan yang terbaik buat sahabat tadi. Moga-moga dia menemui redha Allah S.W.T.~~

p/s : carilah cinta yang hakiki, yang kekal dan abadi~~


IBNUSHARIF

Tuesday, September 29, 2009

Selamat hari raya


Di sini ingin saya ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

buat sesiapa yang mengenali dan juga yang membaca blog yang tak seberapa ni

moga-moga ukhuwah diantara kita akan dieratkan lagi di bulan syawal yang mulia ini

ikhlas dari

ibnu sharif sekeluarga

p/s: penulis agak sibuk ketika ini dengan assignment, test, kuiz dan sebagainya.. doakan yang terbaik untuk penulis

Sunday, September 13, 2009

Mencari Laila


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan. Cuma tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan digantikandengan kehadiran Syawal. Kelihatannya orang ramai sudah tidak sabar lagi untuk menyambut kedatangan Syawal sehingga mereka terlupa akan 'ganjaran lumayan' yang dijanjikan Allah S.W.T di penghujung bulan Ramadhan ini. Ketahuilah wahai sahabatku bahawa 'ganjaran lumayan' tersebut adalah malam Lailatul Qadar; malam kemulian yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang mencari keredhaan-Nya di sepanjang bulan Ramadhan.

Keistimewaan Lailatul Qadar

keistimewaan malam ini jelas diterangkan oleh Alla S.W.T di dalam surah Al-Qadr:-

"sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Qu'ran) saat Lailatul Qadar (malam kemulian). dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."
(Al-Qadr 97:1-5)

merujuk ayat di atas, Allah memberitahu bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini sekaligus menunjukkan keutamaan, kemuliaan, keberkahan dan keistimewaan Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar dikatakan berlaku di dalam bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Baqarah:-

"pada bulan Ramadhan yang diturun dalamnya Al-Quran...."
(al-Baqarah 2:185)



keistimewaan yang lain ialah kebaikan malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Qadar (97:3) " Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan". Dengan kata lain, amalan kita pada malam tersebut sama nilainya atau lebih baik daripada amalan dalam seribu bulan. Mari kita buat sedikit pengiraan:

1000 bulan = 83 tahun 4 bulan


Ini bermakna satu mala lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang (Subahanallah!)

keistimewaan yang lain bagi Lailatul Qadar ialah pada malam tersebut para malaikat termasuk malaikat Jibrail turun untuk membawa ketetapan bagi segala urusan kehidupan di dunia ini sebagaimana firman Allah:-

"pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibrail dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan" (Al-Qadr 97:4)

hal ini juga dijelaskan di dalam ayat yang lain:-
"Haa miim. Demi kitab (Al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya kami adalah yang mengutus rasul-rasul"
(Al-Dukhan, 44:1-5)

Bilakah malam Lailatul Qadar?

daripada surah Al-Qadr dan Al-Baqarah jelaslah bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan. Tetapi, masalahnya ialah pada waktu bilakah di bulan Ramadhan berlakunya malam Lailatul Qadar? Rasulullah S.A.W menjelaskan :-

"carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan" (hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Jika seseorang itu tidak mampu mencari riwayat Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, dia hendaklah berusaha mencari Lailatul Qadar pada sekurang-kurangnya tujuh malam terakhir sebagaimana pesan Rasulullah:-

" carilah sepuluh malam terkahir, yakni Lailatul Qadar. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu maka janganlah dia kalah(putus asa) pada baki tujuh malam yang terkahir"
(hadis shahih dikeluarkan oleh al-Bukhari)

Apa yang harus dilakukan untuk mencari Lailatul Qadar

ketika memasuki sepuluh malam terakhir, kita dianjurkan untuk mempertingkatkan ibadah dan berdoa khususnya untuk memohon keampunan daripad Allah S.W.T. Selain itu, memperbanyakkan solat malam dan qiamulail sebagaimana yang dikatakan olah A'isyah R.A bahawa rasulullah apabila memasuki sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, baginda akan mengasingkan diri daripada isterinya dan menghidupkan waktu malam dengan qiamulail.

Maka seelok-eloknya tingkatkan ibadah kita menjelang sepuluh malam yang terkahir ini. Moga-moga laila yang dicari akan kita ketemui. Carilah malam barakah tersebut kerana Lailatul Qadar merupakan ganjaran bonus buat kita, seorang Muslim


SELAMAT MENCARI LAILA

IBNUSHARIF


Thursday, September 3, 2009

Ihya Ramadhan UMP

Keadaan 'highway' ketika itu agak suram dan gelap. Cahaya lampu dari kereta yang datang dari arah bertentangan datang sekali-sekala menerjah ke muka penulis yang masih lagi belum tidur. Sahabat di sebelah (penulis gelarkan dia sebagai 'F') sedang nyenyak dibuai mimpi indah. " Haih! bila la nak sampai ke kuantan ni" bisik hati yang tengah kebosanan. Nak membaca tak boleh, tiada sumber cahaya. Begitulah keadan penulis dan 'F' yang sedang menaiki bas ke Kuantan.


kami sebenarnya sedang dalam perjalanan ke kuantan untuk program Ihya' ramadhan di masjid sultan Ahmad 1 (masjid negeri Pahang). Perjalanan kami memakan masa lebih kurang tujuh jam (10.30 malam hingga 5.50 pagi). Untuk program ini, kami akan menetap di dalam masjid negeri tersebut selama 2 hari satu malam. Para peserta juga terdiri daripada pelajar ipt dan juga ada penyertaan dari masyarakat luar.

Program Ihya Ramadhan ini menyajikan banyak aktivit yang menarik. Antaranya ialah ceramah berkenaan fiqh puasa, qiamulai berjemaah, iftar, sahur, solat tarawih dan sebagainya. ceramah berkaitan fiqh puasa disampaikan oleh ustaz saifullizan, seorang ustaz yang berpengalaman dan juga pernah menuntut ilmu di mesir. Banyak juga permasalahan berkaitan puasa dibincangkan.





Penulis berasa kagum dengan pihak pengurusan masjid negeri Pahang ni dimana mereka memastikan yang masjid negeri ini hidup dengan aktivit2 yang berfaedah untuk masyarakat. Masjid ini juga tak pernah lekang dari kunjungan masyarakat seolah-olah masjid ini kawasan tarikan yang istimewa. Apa yang menarik perhatian penulis ialah ketika waktu berbuka puasa. Di hadapan masjid terdapat padang dan bazar Ramadhan. Ketika hampir untuk waktu berbuka, orang ramai yang baru sahaja membeli-belah di bazar ramadhan itu terus duduk di padang seolah-olah sedang berkelah menunggu waktu berbuka tiba. Memang menarik sekali.



Apa-apa pun, pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang program ini memang best dan tak ternilai harganya. Penulis juga dapat bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan suasana baru. Bukannya selalu dapat ke Pahang.heheh...