Wednesday, February 10, 2010

Rehlah di Titi Hayun

Tanggal 5-6 Februari 2010, berlangsungnya aktiviti rehlah bertempat di titi hayun. Aktiviti yang berunsurkan santai ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara ikhwah di seluruh pelusuk utara berlandaskan nilai-nilai 'MENJARU'.

MENJARU =
MENTAL + JASAD + RUH


Beberapa aktiviti yang menarik dilakukan ialah 'jungle trekking'. Tujuan 'jungle trekking' ini adalah untuk melatih kekuatan fizikal dalam mendaki gunung jerai, melatih mental untuk kental dalam melakukan sesuatu, membentuk ruh dalam diri dengan melihat keindahan alam ciptaan tuhan disamping mencari kawasan air terjun puteri mandi. Dikhabarkan air terjun puteri mandi merupakan kawasan air terjun yang agak cantik dan memang tempat yang sesuai untuk mandi-manda.

Walau bagaimanapun, memandangkan masing-masing tidak pernah ke tempat air terjun puteri mandi, maka kami pun bergerak berdasarkan arahan yang diberi oleh seorang pakcik yang menjaja di pintu masuk. Setelah penat berjalan, kawasan air terjun masih tidak dijumpai lagi. Perjalanan kami terhenti di satu denai. Melihat pada kondisi, denai tersebut seperti jarang dilalui oleh manusia. Maka kami terpaksa tukar 'plan' = jungle trekking kepada river trekking. Jika kita ikut sungai kita akan sampai hulunya. Dengan kata lain, kita akan jumpa air terjun. Betulkan? Salah!

Ikut jalan sungi lebih sukar daripada jangkaan. Dengan batu batu besar lagi curam, kami terpaksa membatalkan niat kami untuk ke kawasan air terjun. Akhirnya setelah bermesyuarat, kami memilih untuk mandi di kawasan bawah sahaja. (-_-)

Mandi sambil bermain teki-teki memang perkara yang menyeronokkan. Tak disangka penulis bahawa ada juga ikhwah yang geliga otaknya dalam menyelesaikan teka-teki. Selain daripada itu, kami juga membuat pertandingan membaling batu (macam budak kecik la pula). Kesimpulannya aktiviti yang dilakukan memang menyeronokkan walaupun kami tak sempat bertemu denga puteri...hehehehe

Usai mandi, kami ke medan selera untuk makan tengahari. Selesai makan, masjd berdekatan menjadi destinasi kami untuk menunaikan solat zuhur. Pengisian juga dijalankan di masjid tersebut. Aktiviti ini tamat sebelum solat Asar. Setelah selesai solat Asar, masing-masing pun pulang ke universiti masing-masing. Pulang sambil memikirkan perkara lain yang perlu diselesaikan. Penat lelah yang dirasakan ketika melakukan aktiviti di titi hayun meninggalkan seribu kenangan indah " melakukan aktivit bersama ikhwah".

p/s: Penulis pula sedang berfikir macam mana nak siapkan assignment dan study untuk kuiz minggu depan.

0 comments:

Post a Comment