Friday, February 5, 2010

Mesyuarat Agung Persatuan Farmasi USM!

Ceramah 'mahar si dia' dan forum interfaith dialog, semuanya terpaksa penulis korbankan semata-mata untuk menghadiri AGM pusat farmasi USM yang diadakan pada tarikh dan waktu yang sama dengan ceramah yang ingin dihadiri. Berat juga hati ketika membuat keputusan sama ada hadir ke AGM atau tidak. Namun, tanggungjawab patut didahulukan daripada minat. AGM tersebut harus penulis hadiri. Penulis sedar yang para sahabat penulis memerlukan sokongan dan dorongan ketika mereka menyampaikan manifesto masing-masing. Maka penulis pun menghadirkan diri ke AGM.


Yup! 5 Februari 2010 berlangsungnya AGM persatuan sains farmasi USM bertempat di foyer pusat pengajian farmasi. AGM diserikan lagi dengan ucapan, pembentangan daripada setiap exco-exco persatuan. Malangnya tiada slide show ditayangkan ketika pembentangan. Maka ramai pelajar yang tidak mengetahui apa yang dibentangkan (especially yang duduk di belakang) ditambah pula dengan sound system yang kurang bagus. Walaupun begitu, suasana menjadi meriah takala sesi pemilihan exco-exco baru berlangsung.



Pelantikan exco baru memang menjadi tarikan utama pada malam tersebut. Ada beberapa sahabat penulis yang masuk bertanding. Ada yang menang dan ada yang tidak. Perlantikan exco dilakukan dengan proses pengundian. Pengundian = tulis nombor calon kat kertas, lepas tu letak ke dalam kotak. Boring, tu yang boleh penulis gambarkan keadaan penulis ketika proses pengundian berlaku. Yang menariknya cuma ketika para calon memberikan manifesto masing-masing. Mungkin kerana bosan penulis pun bangun dan mengubah tempat duduk ( dari kiri ke kanan, belakang ke hadapan) dan juga menangkap gambar AGM (photographer tak bertauliah).
Jika dilihat calon-calon yang bertanding, mereka semuanya merupakan pelajar yang rajin, berdedikasi dan memiliki ciri-ciri pemimpin. Jadi memilih calon-calon pilihan hati menjadi sukar namun penulis sudah pun memilih calon pilihan sebelum AGM bermula lagi.

Setelah lama menunggu, keputusan pun diumumkan. Secara amnya, penulis merasakan bahawa barisan exco yang dilantik itu memang tepat dan betul. Gabungan exco bumiputera dan bukan bumiputera akan menjadikan gerak kerja persatuan farmasi lebih mudah dan senang. Usai sudah keputusan diumumkan, penulis terus pulang ke desasiswa, mencari makanan untuk dinner (dan juga supper). Malangnya memandangkan sudah lewat malam, semua kedai makanan di kafe sudah tutup. Penulis pun terpaksa membeli makanan di restoran mamak yang berdekatan. Roti nan menjadi alas perut dan air kosong sebagai penyembuh keletihan. Sambil makan penulis melayari internet mencari peta untuk ke titi hayun di Yan, kedah. haih!

"Camner lah aku nak ke titi hayun esok ni. Jalan pun tak tahu. Redah je lah!"

0 comments:

Post a Comment