Monday, February 8, 2010

Aku dan Kuiz


Pening kepala penulis melihat buku planner yang penuh dengan catatan. Report perlu disiapkan, assignment, meeting, hantar report, jumpa lecturer, kelas-kelas yang perlu dihadiri, semuanya tercatat di dalam buku planner tersebut. Jika dilihat sepintas lalu, seolah-olah tiada satu hari pun yang tidak dicatitkan tugasannya. Namun hakikatnya, masih ada ruang kosong atau masa yang renggang untuk penulis berehat. Memang tak dinafikan semseter kali ini merupakan semester yang paling sibuk! Tugasan, tanggungjawab, amanah yang dipikul memang berat, sangat berat sehingga penulis jatuh sakit (deman biasa jer). Kesibukan yang melanda memerlukan perancangan dan pengurusan masa yang rapi agar segala tanggungjawab dan amanah dilaksanakan dengan sempurna. Namun manusia hanya merancang, tuhan jualah yang menentukan. Disini ingin penulis berkongsi luahan hati tentang suatu peristiwa yang baru sahaja berlaku pada diri penulis.

Alkisahnya bermula pada minggu lepas, segala kerja dan tugasan semuanya sudah disusun dengan cantik; bila hendak dibuat dan bila perlu dihantar. Namun, beberapa tugasan lain pula tiba-tiba sahaja muncul entah dari ceruk mana menyebabkan segala yang dirancang menjadi kelam kabut. Apa yang lagi dirunsingkan, ada dua kuiz yang perlu ditempuhi pada minggu depan nanti; kuiz veterinar pada hari Selasa dan kuiz endocrine system and theraphy (subjek killer!) pada hari Rabu. Jadi disebabkan jadual yang amat padat, penulis terpaksa memaksimumkan masa. Dicadangkan segala kerja dan tugasan perlu disiapkan pada hujung minggu dimana pada hari Ahad sudah selesai segala kerja dan tugasan. Namun berlaku sedikit perubahan, segala tugasan hanya dapat disiapkan pada malam Isnin. Kelas perbandingan agama dan halaqah pada malam hari Isnin dan malam hari Selasa menyebabkan penulis mempunyai sedikit masa untuk bersiap sedia menghadapi kuiz pada keesokkan harinya.

Jadi penulis terpaksa mengambil langkah yang drastik demi memastikan diri ini bersedia memasuki dewan peperiksaan.

1) Kuiz veterinar

Kuiz bermula pada pukul 12 tengahari. Maka pada awal pagi bermula dari bilik hingga ke dewan kuliah, nota veterinar menjadi teman setia penulis. Segala isi nota itu dibaca walaupun ketika itu kuliah sedang berlangsung. Penulis hanya 'go through' nota tersebut kerana faktor kekangan masa. Lagipun, bentuk soalan yang akan ditanya ialah dalam bentuk objektif. Kalau tak tahu, maka tembak sahajalah jawapannya! hahaha.. Alhamdulillah, kuiz tersebut berjaya dijawab dengan jayanya. Mungkin nasib penulis sebab soalan yang diberikan agak mudah dan ramai yang boleh menjawabnya.


2) Kuiz endocrine system and theraphy

Penulis hanya sempat menghabiskan bahagian histologi bagi topik ini. Bahagian pharmakologi,kimia, rawatan dan penyakit bagi subjek ini tidak sempat dibaca. Walaupun penulis mencuba banyak cara untuk menghabiskan bacaan (siap bawa nota ketika waktu praktikal) namun ia belum cukup untuk dibawa ke dewan peperiksaan nanti. Akhirnya penulis hanya 'go through' semua nota dan hanya fokus pada bahagian farmakologi kerana bentuk soalan yang akan keluar bagi farmakologi ialah dalam bentuk esei. Berharap agar dapat menjawab dengan mudah, namun yang terjadi bukanlah seperti yang disangka. Kebanyakkan soalan yang dijawab, semuanya ditembak berlandaskan pengetahuan yang sedia ada dan logik. Kadang-kala timbul rasa panik kerana sahabat-sahabat lain mula meninggalkan dewan peperiksaan. haih!....


Apa pengajaran yang boleh kita ambil? entahlah...
Perkongsian ini cuma untuk meluahkan perasaan. Stress sangat! Walaupun penulis menguntumkan senyuman ketika dalam kuliah dan makmal, jiwa ini tetap berasa penat dan tertekan. Tidur pun tidak mencukupi. Kesannya, amarah itu mudah sahaja menyelubungi jiwa. Nasib baik tak meletup...hehehe...

Alhamdulillah segalanya semakin baik walaupun masih ada gangguan. Biarkan yang lepas berlalu pergi. Sekarang penulis perlu fokus pada masa hadapan dan itulah yang seeloknya.

0 comments:

Post a Comment