Sunday, July 11, 2010

Selamat kembali~~

Kepada semua pembaca juga sahabat penulis yang bakal memulakan pengajian mereka semula di universiti/kolej masing-masing

SELAMAT KEMBALI KE DEWAN KULIAH


Dewan Kuliah | Ilmu dituntut dengan sabar

Saturday, July 10, 2010

USM episode 0

Kegembiraan terpancar di muka pelajar-pelajar baru. Mana tidaknya, kini mereka sudah pun bergelar mahasiswa USM, salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia.Melihat gelagat mereka membuatkan penulis teringat kisah silam saat kaki ini dijejakkan ke USM.



USM |Desasiswa Restu


Penulis ingat lagi ketika mendapat tawaran memasuki USM dalam bidang farmasi,hati ini berasa berat dan takut untuk menerimanya. Namun itu sahaja peluang yang ada, maka penulis pun menerima tawaran tersebut. Bila berita tersebut sampai ke pengetahuan mak dan ayah, ayah sangat gembira tetapi mak pula khuatir dengan tawaran tersebut.

"penang? Jauhnya. Susahlah mak nak tengok abang."
"Takpe, abang ok jer.."
"Betul ni?"
"betul.."

Maka hati pun telah tetap untuk menerima tawaran tersebut. Surat tawaran kemasukkan akhirnya sampai ke rumah. Ketika membaca surat tersebut penulis tersentak. Dinyatakan pada surat tersebut yang para pelajar perlu deposit yuran sebelum hadir ke USM. Tercatat di situ yuran pengajian sains farmasi : RM 17XX!

"RM17xx! Kat mana nak cari duit banyak tu"

Gelisah! Amaun itu sangat tinggi buat keluarga penulis untuk membayarnya ketika itu. Masa yang ada terhad maka mak pun mencadangkan supaya kami meminjam daripada saudara mara. Bagi penulis, cadangan itu kurang bagus sebab saudara-mara kami bukanlah orang-orang berada. Maka timbul lah lagi satu pilihan; tolak tawaran tersebut, bekerja, setelah mempunyai wang yang cukup baru sambung belajar.

Takala penulis merasakan tawaran ke USM patut ditolak, tiba-tiba hati ini terdetik untuk menelefon pusat bendahari USM untuk berbincang. Alangkah terkejutnya penulis mendengar jawapan yang diberikan oleh staf USM tersebut.

"Oh, adik jangan risau. Adik boleh bayar RM450 dahulu di bank Islam dan selebihnya adik bayar selepas mendapat pinjaman nanti."

Alhamdulillah! Gembiranya hanya tuhan sahaja yang tahu. Mak dan ayah juga tumpang gembira. Apa yang kelakarnya ialah sehari sebelum berangkat ke USM, penulis menerima cek RM1500 daripada PTPTN. Kalau cek tersebut sampai lebih awal, mungkin penulis dan keluarga tak pening-pening mencari jalan penyelesaian untuk membayar hutang. Cek tersebut telah penulis 'cash in'kan sebaik sahaja tiba di USM untuk membayar yuran pengajian.

Penulis masih lagi ingat ketika hendak mendepositkan wang RM450 ke dalam akaun USM, ada seorang budak perempuan cuba untuk membuat perkara yang sama sebagaimana yang penulis sedang buat tetapi ditolak oleh pegawai bank tersebut. Alasannya budak perempuan tersebut mendapat tawaran daripada kampus kesihatan dan bukannya kampus induk, maka dia perlu membuat bayaran penuh. Sedih mengenangkan nasib dia namun pada masa yang sama penulis rasa bersyukur kerana diberi peluang jika tidak nasib penulis mungkin seperti budak perempuan tadi.


Sains Farmasi | Dewan Kuliah X

Memulakan kehidupan di USM memerlukan belanja yang banyak apatah lagi taraf hidup di Penang adalah tinggi. Penulis ada memohon biasiswa JPA dan PTPTN hasil dari bantuan kakak. Namun ia masih tidak menghilangkan perasaan takut di dalam hati penulis. Takut takala sedang belajar duit pula habis dan keluarga terpaksa bekerja keras untuk menghantar duit kepada penulis. Ketika tiba di USM, penulis bercadang untuk membuat kerja sambilan bagi menambah duit poket. Pernah sekali penulis men'survey' kerja kosong di Ivory plaza berdekatan dengan desasiswa yang penulis diami.

Sedang hati dilanda gelisah, Allah takdirkan penulis mendapat tawaran biasiswa JPA. Gembiranya di hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Jumlah yang diberikan amat banyak, lebih dari cukup untuk hidup di USM. Penulis tidak perlu lagi meminta duit daripada keluarga sebaliknya penulis pula yang memberi sedikit duit biasiswa kepada mereka.

Begitulah al-kisah penulis ketika mula memasuki USM. Lucu pula bila penulis kenang kembali. Segala ketentuan yang berlaku pada diri penulis membuatkan diri ini merasakan keagungan Allah s.w.t yang mentadbir kehidupan manusia dengan bijak, adil, dan saksama. Subhanallah!

Kini, setelah beberapa tahun berada di USM baru penulis sedar akan hikmah yang cuba Allah berikan. Perubahan pada diri, pandangan dan juga gaya hidup. Rakan-rakan disekeliling yang banyak memberi bantuan dan dorongan sama ada mereka sedar atau tidak. Patutlah! Patutlah penulis ditakdirkan berada di USM ini. Semoga Allah berikan yang terbaik buat penulis dan juga para sahabat yang berada disekeliling.

~akhir kalam~

Thursday, July 8, 2010

Demam durian

"Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapore, semuanya tunduk kepada satu raja!"

Ayat diatas penulis ambil daripada papan tanda di pintu keluar jambatan Pulau Pinang. Yang menariknya ayat tersebut adalah betul kerana keempat-empat negara tersebut semuanya tunduk kepada satu raja iaitu DURIAN, raja segala buah.

Rabu lalu, penulis dan sahabat ke suatu tempat (penulis lupa nama tempat tersebut) dengan tujuan untuk mencari buah durian. Dengan hanya RM20 seorang, kami diberi makan durian sebanyak yang mungkin sehingga kami sendiri tidak larat (buffet style).




Durian | enak sehingga menjilat biji!

Penulis tak ingat berapa biji durian kami habiskan. Yang pastinya kami makan durian sehingga di suatu tahap masing-masing sudah muak melihatnya. Perut yang kenyang dengan durian membuatkan kami semua mengantuk. Namun perasaan itu harus diketepikan kerana kami perlu berangkat ke Jitra Kedah petang nanti untuk berjumpa dengan seorang sahabat.

Pulang sahaja dari Jitra, salah seorang jiran yang kami gelar 'uncle' menghadiahkan 1 beg durian kepada kami. Durian lagi....(-_-)


Demam durian | ..............


Saturday, June 19, 2010

Jumaat 18/6/2010

Jumaat, 18/6/2010, Masjid USM - Entah kenapa hati ini tiba-tiba merasa hiba dan sayu mendengar khutbah Jumaat yang di sampaikan oleh seorang 'pak Arab' yang tidak dikenali. Walaupun khutbah disampaikan dalam bahasa arab, cara penyampaian dan dendangan bacaan Al-Quran oleh khatib itu memang menusuk kalbu. Terasa seperti ada mesej yang ingin disampaikan tetapi penulis tidak mengerti kerana tiada pengetahuan dalam bahasa arab. Usai solat Jumaat, baru penulis mendapat tahu daripada seorang sahabat bahawa khatib yang membaca khutbah tadi itu ialah Al-Imam Syeikh Bakar Ghaith, Imam masjid Al-Aqsa As-Sharif!



Sahabat penulis bersama Syeikh Bakar Ghaith | Masjid USM

Datang dari jauh bukanlah untuk makan angin. Ada amanat dan peringatan yang ingin Syeikh Bakar Ghaith sampaikan berkaitan isu Al-Quds (Palestin). Penulis ada mengambil ringkasan khutbah beliau yang sudah pun diterjemahkan kedalam bahasa inggeris. Maka, ingin penulis berkongsi dengan para pembaca sekalian ringkasan khutbah oleh Syeikh Bakar Ghaith.

Ringkasan khutbah tersebut berbunyi :

Christians had occupied the Bait Almaqdes (Al-Quds) in 495 H, they had killed about 70,000 Muslim, after that they were writing their messages by the blood of Muslim as an ink, telling their families that we are killing muslims, and they have prohibited Azan for 88 years, even though, the strong won’t be strong for ever and the weak as well wont. In 583 H Salah Aldeen he had liberated Al-Quds again. He had used a real Islamic army applying islam just like the first did by whom he liberated Al-Quds, and for us liberate it again we must go by the same steps, if you watch how much muslim are being killed by Christian in Afghanistan, Chechnya, Iraq, and Palestine comparison with the behavior and ethics of muslim toward them at the time of Islamic conquests where Islamic army is ordered not kill or destroy any unnecessary, Al-Quds is the Qiblah of all prophets, it’s a piece of Jannah and it is probity for all of us as a Muslim to keep it safe.

Isu Palestin itu isu umat Islam
Sayang,
kebanyakkan umat Islam lupa akan tanggungjawab mereka
Ayuh sedar!
tiba masanya untuk bangkit
ia cuma gerhana yang sementara
akan tiba waktunya
sinar kebenaran kembali memancar

Ketawa penawar duka



Takala sedang tertekan dengan research, penulis terjumpa beberapa 'fakta' yang agak menarik ketika sedang 'blog-walking'. Sumber 'fakta' tidak dapat dikenal pasti. Jika penulis yang menulis 'fakta' tersebut terbaca post ini, minta dihalalkan sumbernya ye...

Apa-apa pun, mari kita lihat 'fakta' tersebut :

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

p/s : kalau saya bijak, saya akan jadikan 'fakta' ini sebagai bahan ketawa sahaja dan bukan untuk panduan.

Thursday, June 17, 2010

Cuti sidang 2009/2010

Assalamualaikum


Lama juga blog ini tak ter'update'. Maklumlah tuan empunya blog sangat sibuk dengan kerjayanya. hehehe... Insya-Allah penulis ada membuat beberapa draft untuk post yang seterusnya untuk memeastikan blog ini senantiasa di'update'. Tetapi untuk post kali ini, penulis akan bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang cuti sidang 2009/2010.

Cuti sidang 2009/2010 agak berlainan dengan cuti-cuti yang lain kerana biasanya pelajar akan bercuti di rumah, tidur di atas katil sendiri, makan masakan mak dan sebagainya. Penulis pula terpaksa (err...maksudnya rela) menghabiskan cuti di USM meninggalkan segala keselesaan yang ada di kampung halaman. Walau bagaimanapun, perubahan tempat bercuti tidak menghalang penulis untuk melakukan aktiviti yang agak menarik. Bukan sahaja menarik, aktiviti tersebut juga banyak mematangkan penulis untuk menjadi manusia yang lebih berguna kelak. Insya-Allah. Berikut adalah beberapa senarai aktiviti yang dilakukan oleh penulis sepanjang cuti sidang kali ini...

1) program motivasi STEP

Program ini dianjurkan oleh syarikat Purebase Training Center untuk memberi motivasi kepada pelajar yang umumnya tingkatan 5 untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Program yang diadakan di UKM ini mendapat sambutan yang bagus daripada para peserta. Penat bukan kepalang ketika menguruskan program ini apatah lagi penulis bertindak sebagai salah seorang urusetia program. Namun, kepuasan berbakti itu jelas terpancar apabila melihat respon positif daripada para peserta program.


PROGRAM STEP | bergambar bersama peserta lelaki

2) research paper (peria oh peria!)

Inilah sebab utama kenapa penulis menghabiskan cuti di USM. Mengekstrak peria dan seterusnya membuat bioassay untuk melihat sama ada peria ini bertindak balas dengan influenza virus atau tidak. Satu tugasan yang sukar kerana penulis perlu memborong peria, potong, jemur, kisar, ekstrak, dan buat bioassay. (-_-) Lebih malang lagi, peria yang sedang dikeringkan di dalam oven rosak setelah ditumbuhi kulat akibat penjaga lab tutup oven tu untuk tiga hari. Terpaksalah penulis buat semula proses tadi. Berada dibawah penyeliaan Dr Nornisah memang menyeronokkan! Beliau mudah dibawa bergurau dan penulis mudah untuk berinteraksi dengan beliau. Banyak juga ilmu yang dipelajari yang mungkin satu hari berguna kepada penulis. Siapa tahu satu hari nanti penulis pula yang akan berada di tempat Dr Nornisah?

Peria | dalam proses pengeringan



Soxhlet | Bukan seperti apa yang penulis belajar


3) Guru tuisyen Addmath

Hidup di kota penang memerlukan belanja yang tinggi. Mustahil untuk penulis hidup di penang selama dua bulan lebih dengan hanya berbekalkan baki duit JPA yang sedia ada. Maka atas bantuan seorang rakan, penulis berjaya diterima bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen Az-Zahara d. Rupa-rupanya mengajar itu lebih susah daripada belajar apatah lagi subjek yang diajar itu adalah Addmath. Faham sesuatu subjek itu susah, nak memberi kefahaman kepada orang lain lagi susah. Kadang-kadang kita pula yang pening. Apa-apa pun, yang penting duit itu ada dan perut ini diisi. (^.^)


Panduan mengajar | 2 buku sahaja diperlukan




Whiteboard | tempat ilmu dicurahkan



4) Belajar dan memahirkan lagi skill Adobe photoshop, illustrator, dan after effect

Ini bahagian yang paling disukai oleh penulis. Sejak kali pertama melihat software Adobe ni, penulis terus jatuh cinta. Entah kenapa diri ini sangat obses dengan perkara-perkara tersebut. Kegilaannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jadi, sepanjang cuti ni penulis meluangkan sedikit masa untuk belajar menggunakan ketiga-tiga software tadi. Alhamdulillah, kemahiran ada peningkatan dan Insya-Allah penulis akan gunakan kemahiran yang ada untuk mereka baju (buka bisnes jual baju pula). (^.^)


Ada lagi beberapa aktiviti yang penulis lakukan sepanjang cuti tetapi penulis tak mahu dedahkan. Apa yang boleh penulis katakan, walaupun penulis bercuti di penang, ada kala nya penulis kena ke Kuala Lumpur, Kedah dan sebagainya. Pendek kata sepanjang cuti ini penulis banyak mengembara, berkenalan dengan rakan-rakan baru, belajar benda-benda baru dan banyak lagi. Syukur Alhamdulillah!

~ku merindui kampung halaman~

Wednesday, June 2, 2010

Palestin, seberat mana 'ambil berat' kita?


Assalamualaikum

Takala sedang 'blog walking', penulis terjumpa satu artikel yang menarik perhatian penulis. Artikel tersebut ditulis dalam bentuk khutbah Jummat berkisarkan tentang isu Palestin, isu yang paling hangat dibincangkan pada masa kini.

Artikel ini diambil daripada blog ustaz hasrizal; http://saifulislam.com. Baca dan cuba fahamkan apa yang ingin disampaikan. Moga-moga kita sedar, sedar dari mimpi yang mengasyikan.

http://saifulislam.com/?p=4447#more-4447