Thursday, June 17, 2010

Cuti sidang 2009/2010

Assalamualaikum


Lama juga blog ini tak ter'update'. Maklumlah tuan empunya blog sangat sibuk dengan kerjayanya. hehehe... Insya-Allah penulis ada membuat beberapa draft untuk post yang seterusnya untuk memeastikan blog ini senantiasa di'update'. Tetapi untuk post kali ini, penulis akan bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang dibuat sepanjang cuti sidang 2009/2010.

Cuti sidang 2009/2010 agak berlainan dengan cuti-cuti yang lain kerana biasanya pelajar akan bercuti di rumah, tidur di atas katil sendiri, makan masakan mak dan sebagainya. Penulis pula terpaksa (err...maksudnya rela) menghabiskan cuti di USM meninggalkan segala keselesaan yang ada di kampung halaman. Walau bagaimanapun, perubahan tempat bercuti tidak menghalang penulis untuk melakukan aktiviti yang agak menarik. Bukan sahaja menarik, aktiviti tersebut juga banyak mematangkan penulis untuk menjadi manusia yang lebih berguna kelak. Insya-Allah. Berikut adalah beberapa senarai aktiviti yang dilakukan oleh penulis sepanjang cuti sidang kali ini...

1) program motivasi STEP

Program ini dianjurkan oleh syarikat Purebase Training Center untuk memberi motivasi kepada pelajar yang umumnya tingkatan 5 untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba. Program yang diadakan di UKM ini mendapat sambutan yang bagus daripada para peserta. Penat bukan kepalang ketika menguruskan program ini apatah lagi penulis bertindak sebagai salah seorang urusetia program. Namun, kepuasan berbakti itu jelas terpancar apabila melihat respon positif daripada para peserta program.


PROGRAM STEP | bergambar bersama peserta lelaki

2) research paper (peria oh peria!)

Inilah sebab utama kenapa penulis menghabiskan cuti di USM. Mengekstrak peria dan seterusnya membuat bioassay untuk melihat sama ada peria ini bertindak balas dengan influenza virus atau tidak. Satu tugasan yang sukar kerana penulis perlu memborong peria, potong, jemur, kisar, ekstrak, dan buat bioassay. (-_-) Lebih malang lagi, peria yang sedang dikeringkan di dalam oven rosak setelah ditumbuhi kulat akibat penjaga lab tutup oven tu untuk tiga hari. Terpaksalah penulis buat semula proses tadi. Berada dibawah penyeliaan Dr Nornisah memang menyeronokkan! Beliau mudah dibawa bergurau dan penulis mudah untuk berinteraksi dengan beliau. Banyak juga ilmu yang dipelajari yang mungkin satu hari berguna kepada penulis. Siapa tahu satu hari nanti penulis pula yang akan berada di tempat Dr Nornisah?

Peria | dalam proses pengeringan



Soxhlet | Bukan seperti apa yang penulis belajar


3) Guru tuisyen Addmath

Hidup di kota penang memerlukan belanja yang tinggi. Mustahil untuk penulis hidup di penang selama dua bulan lebih dengan hanya berbekalkan baki duit JPA yang sedia ada. Maka atas bantuan seorang rakan, penulis berjaya diterima bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen Az-Zahara d. Rupa-rupanya mengajar itu lebih susah daripada belajar apatah lagi subjek yang diajar itu adalah Addmath. Faham sesuatu subjek itu susah, nak memberi kefahaman kepada orang lain lagi susah. Kadang-kadang kita pula yang pening. Apa-apa pun, yang penting duit itu ada dan perut ini diisi. (^.^)


Panduan mengajar | 2 buku sahaja diperlukan




Whiteboard | tempat ilmu dicurahkan



4) Belajar dan memahirkan lagi skill Adobe photoshop, illustrator, dan after effect

Ini bahagian yang paling disukai oleh penulis. Sejak kali pertama melihat software Adobe ni, penulis terus jatuh cinta. Entah kenapa diri ini sangat obses dengan perkara-perkara tersebut. Kegilaannya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Jadi, sepanjang cuti ni penulis meluangkan sedikit masa untuk belajar menggunakan ketiga-tiga software tadi. Alhamdulillah, kemahiran ada peningkatan dan Insya-Allah penulis akan gunakan kemahiran yang ada untuk mereka baju (buka bisnes jual baju pula). (^.^)


Ada lagi beberapa aktiviti yang penulis lakukan sepanjang cuti tetapi penulis tak mahu dedahkan. Apa yang boleh penulis katakan, walaupun penulis bercuti di penang, ada kala nya penulis kena ke Kuala Lumpur, Kedah dan sebagainya. Pendek kata sepanjang cuti ini penulis banyak mengembara, berkenalan dengan rakan-rakan baru, belajar benda-benda baru dan banyak lagi. Syukur Alhamdulillah!

~ku merindui kampung halaman~

0 comments:

Post a Comment