Tuesday, July 20, 2010

Kesibukan....

Assalamualaikum

Baru sahaja memasuki minggu kedua tetapi kesibukan mula terasa. Mungkin ini adalah perkara biasa buat penulis ketika sem baru bermula. Namun, kesibukan yang dialami untuk kali ini memang memenatkan. Jika difikir semula, mustahil untuk penulis menguruskan segalanya. Iri hati juga pada sahabat-sahabat sekuliah yang ada waktu untuk berehat, berseronok, dan waktu belajar yang tetap. Penulis pula, lepas kuliah ada meeting, lepas meeting kena siapkan kerja dan kitaran tu berulang setiap hari. Penat, lagi penat apabila apa yang kita usahakan tidak membuahkan hasil. Namun penulis sedar, itu cuma ujian daripada Allah. Allah nak menguji penulis samada bila penulis dilanda musibah adakah penulis akan mengingati-Nya? Takala mempunyai masa senggang apakah penulis manfaatkan masa tersebut? Ya, aku sedang diuji....

Ya Allah! permudahkanlah segala urusanku



Ujian itu Tarbiyyah | Ada hikmahnya..


p/s : blog Perjalananku mungkin akan berhenti beroperasi buat sementara waktu. Mungkin setelah penulis menyesuaikan diri dengan kesibukan barulah blog ini akan beroperasi semula. Insya-Allah, beberapa cerpen sedang dalam pembikinan =)

2 comments:

muhamad farid said...

wah!penulis yg produktif..baru beberapa buku dibaca sudah bercita2 menulis cerpen pula..sokong2.!gambate deh!!

Ibnu Sharif said...

wahaha...membaca itu sekadar mencari gaya penulisan sahaja...(^.^)

Post a Comment