Saturday, July 25, 2009

Pharmacist Orientation Week!

Tanggal 25 haribulan julai, majlis penutup minggu orientasi dan explorace telah berlangsung bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru yakni pelajar farmasi tahun satu. Explorace telah berlansung pada sebelah petang dan disusuli dengan majlis penutup selepas solat maghrib.

Boleh dikatakan masing-masing amat penat ketika itu kerana kerja assignment masih lagi bertimbun-timbun. Penulis juga tidak tekecuali...hehehe. Penulis telah ditugaskan untuk menjaga salah satu check point di dalam permainan explorace. Ketika di check point tersebut, para peserta perlu makan sayur atau buah yang telah digantung di foyer dk sehingga habis. Antara buah dan sayuran yang dipilih untuk para peserta makan ialah epal, tomato, chili, peria dan timun...(nampak kejam! tapi ini baru permulaan). Seterusnya, jika para peserta tidak berjaya menghabiskan kesemua sayuran+buah tadi, maka pusingan BONUS akan diberikan kepada mereka.(kalau diaorang berjaya atau tak berjaya menghabiskan pun penulis akan bawa diaorang ke pusingan bonus juga.). Dalam pusingan bonus ini, para peserta akan disuruh untuk menutup mata mereka. Seterusnya mereka akan diberikan satu larutan (bukan larutan, tapi boleh dianggap begitu la) dan disuruh untuk meneka apa kandungan yang ada di dalam larutan tersebut. Ini adalah senarai barang yang digunakan oleh penulis untuk membuat larutan tersebut:
  • Budu
  • sos tomato
  • sos cili
  • air
  • air perahan dari Lemon
  • vico
  • cuka
hehehehe...sebenarnya penulis ingin menambah lagi kandungan dalam larutan ni untuk menjadikan rasanya lebih sedap, tapi disebabkan kekurangan sumber bahan...Apa boleh buat. Yang lucunya, penulis baru sedar di saat akhir yang penulis telah dibekalkan dengan wasabi untuk para peserta rasa. "Ceh! selamat korang budak first year!"


Selesai sahaja permainan explorace, penulis terus ke masjid untuk menunaikan solat Asar (dah sangat lewat ketika itu). Selepas solat Asar, terasa macam nak tidur sekejap di dalam masjid untuk melepaskan penat lelah. Lagipun majlis penutup bermula pukul 8 malam (lebih kurang lagi 1 jam 30 minit lagi). Hasrat penulis untuk tidur terbantut selepas teringat peristiwa di masjid dimana ada sahabat yang kena marah sebab tidur di dalam masjid..(ish! ish! ish!). Penulis pun mengorak langkah ke rumah sewa senior yang berdekatan di sungai dua untuk tumpang tidur... hehehe!...Tidur punya pasal, penulis bangun pada pukul 7.15pm! Ish! mana sempat nak makan ni..Selepas mandi, penulis terus solat maghrib berjemaah di rumah sewa dan terus bergerak ke dewan kuliah U dimana majlis penutup berlangsung. Penulis mengharapkan adalah makanan yang akan disediakan kepada para tetamu dan ajk yang lain..malangnya tiada! wah! perut dah berbunyi ni!...

Lapar atau tak, kerja perlu dilaksanakan. Untuk majlis penutup, setiap kumpulan yang terdiri daripada pelajar tahun pertama akan membuat persembahan (ada 10 kumpulan, maka ada 10 persembahan) di atas pentas. Ajk pula? sebahagian dari ajk akan membuat persembahan yang agak lucu juga. 4 sekawan ; Wukong, Hang Tuah, Ghandi Jr, dan Arthur mengembara mencari buku Martindale (buku rujukan untuk farmasis ketika nak buat ubat). Plot cerita ni seolah-olah journey to the west tapi cuma ada sedikit twist. 4 sekawan ni akan bertemu dengan master-master tertentu yang berunsurkan dosage form (master inhalation, master cream, etc) untuk mendapatkan clue dimana buku Martindale tu disimpan. Setiap kali mereka bertemu dengan master tertentu, persembahan pelajar tahun satu akan diselitkan seolah-olah ia macam satu cerita (mungkin tak berapa menjadi sebab kami spontan je, apa-apa pun lakonan tu kira ok juga la). Apa tugas penulis? penulis cuma menjadi suara latar bagi watak Arthur..senang je kerja tu. Hafal skrip dan cakap...hehehe..Boleh dikatakan kesemua persembahan pada malam tu agak menarik(penulis hanya dengar dari rakan sebab penulis tak tengok sangat persembahan tu. Penulis tengah pening dan selalu keluar untuk ke tandas). Apa-apa pun tahniah kepada pelajar-pelajar tahun pertama yang membuat persembahan yang menarik (ye ke?).

Majlis berakhir pada pukul 11 malam tetapi penulis bercadang untuk beredar lebih awal sebab penulis kena jalan kaki balik ke desasiswa (Jauh tu!). Nasib baik ada rakan yang senasib dengan penulis. Boleh la dijadikan teman ketika dalam perjalanan pulang. Dengan perut yang laparnya, kami meneruskan perjalanan pulang ke desasiswa. Perut dah lah lapar, kena mendaki bukit pula untuk ke desasiswa! Ya Allah! harap-harap kedai burger tu masih buka lagi. Alhamdulillah! kedai burger tu masih lagi buka dan penulis terus order burger daging special....hahaha...lepas tu naik bilik, bagi kucing makan, solat dan tidur....

Monday, July 20, 2009

Andai mereka tahu akibatnya...

Original text: Azarahman, http://muslimkaffah.blospot.com

Suatu hari seorang kawan telah bertandang ke rumah saya dan dia telah tertekan satu suis yang akhirnya menyebabakan kami semua terpaksa berpanas dan bergelap sepanjang malam. Rasa ingin tahunya terhadap suis tersebut telah menyebabkan kesusahan kepada dirinya dan juga orang lain. Seandainya dia tahu akibat perbuatannya, mungkin dia tidak akan melakukannya. Suatu hari yang lain seorang saudara saya telah merasa amat menyesal kerana disaman oleh polis akibat melanggar peraturan lampu isyarat. Dia tidak menyedari ada polis dibelakang yang sedang membuat rondaan. Seandai dia tahu kewujudan polis tersebut , mungkin dia akan berhenti dan menunggu sehingga lampu kembali hijau.

Hakikatnya apabila manusia mengetahui akibat terhadap setiap perbuatan yang akan dilakukan, pasti kita akan menjadi manusia yang sangat berhati-hati. Seandainya kita begitu prihatin terhadap akibat yang bakal kita hadapi di dunia, bagaimana pula akibat yang bakal kita hadapi di akhirat?. Sedangkan balasan di akhirat itu pasti. Mereka yang berat timbangan amalnya akan mendapat syurga yang indah dan mereka yang berat timbangan dosanya akan dicampakkan ke dalam neraka yang azabnya terlalu pedih dan memeritkan, kesakitan yang akan berpanjangan dan seksaan yang tiada kesudahan, kepanasan yang membakar dan hidangan yang menjijikkan.

Balasan di akhirat bukanlah sesuatu yang diimaginasikan dan bukan juga sekadar angan-angan kosong. Ia merupakan sesuatu yang pasti! Melihat keadaan umat sekarang hati ini sayu dan penuh kegentaran. Apakah mereka tidak pernah membaca kalam-kalam tuhan yang maha pemurah dan sabda-sabda Rasul Al-mustofa yang penuh keprihatinan terhadap umatnya di akhir zaman. Pada masa ini wanita-wanita tidak segan silu lagi membiarkan perhiasan tubuh mereka dipamerkan tanpa ada seutas pun benang-benang malu. Keindahan mereka yang begitu diperlihara oleh islam dengan begitu eksklusif menjadi barang dagangan di pinggir-pinggir jalan. Lelaki zaman ini pula, begitu gah meratahi daging-daging yang busuk (zina) walau terhidang daging yang segar dan indah. Mereka semakin keliru dalam berpakaian dan berhias sehinnga emas dan sutera menjadi perhiasan di badan-badan mereka. Menjijikkan apabila kehausan umat ini hanya bisa hilang dengan arak, dan masalah mereka hanya akan selesai dengan berhibur. Sebahagian yang lain menjadi laknat apabila berusaha memenuhi naluri yang dikatkan terperangkap dalam jasad yang berbeza.Lelaki berusaha menjadi wanita dan demikian sebaliknya. Anak-anak kecil yang tak berdosa dibunuh tanpa ada rasa kemanusiaan. Aduh, apakah umat ini akan berterusan seperti ini? Pasti tidak seandainya mereka tahu akibatnya.

Ayuh,sedarlah saudara-saudaraku umat akhir zaman, Allah yang maha pengasih telah menerangkan segala-galanya kepada kita agar kita tahu akibat setiap perbuatan kita. Rasul Al-Amin telah menggambarkan kedahsyatan neraka dan seksaan yang dihadapi penghuni-penghuninya. Demikain juga Allah dan kekasihnya telah menerangkan tentang keindahan dan kedamaian syurga sebagai balasan untuk yang beramal dengan amal yang soleh. Ayuh kita segera bertaubat atas segala dosa yang telah kita lakukan kerana hanya yang demikian dapat menghapuskan kemurkaan Allah terhadap kita. Bersegeralah sebelum pintu yang seluas-luasnya dibuka untuk yang ingin kembali ditutup. Kepada saudaraku yang telah menempuh jalan rabbani, memiliki hati nurani yang jernih, dan telah mengetahui akibat setiap perbuatan kita didunia, selamatkanlah umat ini dengan jalan yang ditempuh rasul dan mereka yang telah dikurniakan nikmat dengan menjalankan Al-amru bil ma’ruf wa An-nahyu ‘anil munkar. Semoga kita semua berbahagia dan beroleh nikmat yang tak terhingga serta kekal di dalam syurga kerana itulah sebaik-baik tempat kembali.


Komen penulis

Pertama kali membaca penulisan ini membuatkan penulis terfikir tentang masalah yang melanda masyarakat kita sekarang ini. Isi yang ingin disampaikan jelas dan 'straight forward' .Dalam penulisan ini, saudara Azarahman bijak menyusun ayat dan membuat perkaitan tentang sesuatu kejadian dengan isi penting yang ingin disampaikan. Kebanyakkan penulisan saudara Azarahman mempunyai isi yang sangat penting yang ingin disampaikan kepada para pembaca. Penulis mencadangkan pembaca untuk melawat laman blog beliau dan cuba hayati apa yang ingin disampaikan. Moga-moga para pembaca mendapat sedikit ilmu daripada hasil penulisannya.

Sunday, July 19, 2009

Free Thinker?


Seperti biasa, selepas solat Subuh penulis akan duduk menghadap komputer ribanya ini untuk 'online'. Maklumlah time2 macam ni ramai pelajar masih tidur. Ini yang membuatkan internet wireless di desasiswa Restu ni berkali-kali ganda laju daripada biasa. hehehe!



Hari ini penulis mendapat mesej dari seorang sahabat. Dia telah meng'post'kan satu musykilah berkaitan free thinker dimana ada sahabatnya yang sebilik dengan seorang free thinker (orang melayu). Jadi dia minta buah fikiran dan penyelesaian daripada sahabatnya yang lain. Menurut dia, si free thinker ni suka berbahas tentang kewujudan tuhan sehinggakan rakan kepada sahabat ini takut untuk bertemu muka dengan si free thinker ni.

Masya-Allah!
inilah yang akan berlaku jika manusia pada zaman sekarang semakin jauh daripada islam. Ma'rifatullah (mengenal Allah) dalam diri setiap individu seolah-olah tiada.Setiap manusia mesti mempunyai fitrah untuk bertuhan dan kita patut bersyukur kerna kita tergolong dalam golongan-golongan yang beriman, yang berada di jalan yang lurus.
Di dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

"Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
(Ali 'Imran, 3:18)

Mengenal Allah adalah sangat penting bagi seseorang hamba kerana:
  1. Yang akan kita kenali itu adalah Allah, Sang pencipta semesta alam yang telah menguasai manusia dan menyiapkan segala untuknya segala keperluan di langit dan dibumi. dan Allah jugalah yang akan mendengar pengaduan hamba-Nya ketika mereka dalam kesusahan lalu menyelesaikan masalah tersebut dengan arif dan bijaksana.
  2. berbagai dalil(baik fitri, naqli, mahupun aqli) telah membuktikan kebera-daan, sifat-sifat, dan nama-nama-Nya, secara jelas dan tidak terbantah.
  3. Manfaat dan pengaruh yang besar iaitu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Antara pengaruh yang dirasai oleh hati-hati orang yang beriman:
  • Kemerdekaan yang sebenar. Jiwanya sentiasa hanya berharap dan takut kepada Allah sehingga tidak ada yang dapat menguasainya.
  • Ketenteraman yang sejati. Seorang mukmin akan selalu yakin bahawa Allah telah menjamin kehidupannya dan melindungi keselamatannya
  • Keberkahi dari Allah. Setiap amalannya sentiasa diredhai, diberkati, dan dicintai oleh Allah.
  • Kehidupan yang baik. Allah selalu membimbing langkah-langkahnya dalam mencapai kebaikan.
  • Ia akan mendapat surga dan syafaat dan keredhaa Allah S.W.T.
maka jika kita tidak tahu betapa pentingnya mengenal Allah S.W.T, maka dikhuatiri kesesatan akan timbul didalam hati kita.Nauzubillah! Penulis ingin menyeru kepada para pembaca dan juga diri sendiri, carilah ilmu pengetahuan kerna salah satu sebab yang menjadi penghalang kepada Ma'rifatullah adalah Al-Jahlu (kebodohan). Taddaburlah Al-Quran kerna didalam Al-quran terdapat banyak dalil-dalil tentang kewujudan Allah yang Maha Esa.

Kita doakan agar sahabat tadi dapat menyelesaikan masalahnya dan juga berdoa agar remaja FT tadi mendapat semula hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Amin!

sumber rujukan: Jasiman, Lc. Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah

Friday, July 17, 2009

Permulaan

Assalamualaikum
Alhamdulilah, blog ni siap juga akhirnya untuk tantapan umum. Walaupun mengambil masa yang agak lama sebenarnya (setahun), disebabkan faktor-faktor kekangan masa dan wireless connection yang tak menentu di desasiswaku ini. Walaubagaimanapun, harap intisari di dalam blog ini dapat memberi sedikit banyak pengetahuan kepada para pembaca.
Insya-Allah