Seorang nenek tua sedang bercerita kepada cucunya
"tahukah cucuku bahawa di dalam badan kita terdapat dua ekor serigala?""Serigala yang pertama mempunyai sifat-sifat yang terpuji (baik hati, tidak sombong etc) dan berkelakuan baik""Serigala yang kedua pula memiliki sifat-sifat yang buruk dan tercela (sombong, dengki,pemarah etc) dan berkelakuan sangat buruk"Si cucu mengangguk kepala tanda faham
Si nenek pun menyambung ceritanya
"Kedua-dua serigala ini pula sering bergaduh di dalam badan kita, sentiasa bergaduh tanpa mengira waktu dan tempat" "Siapakah yang akan menang nanti?" celah si cucu itu dengan perasaan ingin tahu
Si nenek tersenyum lalu berkata
"serigala yang akan menang ialah...."
" SERIGALA MANA YANG KAMU BERI IA MAKAN"
0 comments:
Post a Comment