Thursday, November 19, 2009

2012?

Cuma lagi beberapa hari lagi penulis akan berangkat pulang ke kampung halaman..err...ehh!..bukan...kota halaman yang tercinta. Jadi penulis cuba memanfaatkan kemudahan internet di USM ini untuk kali terakhir dengan melayari internet mencari sumber maklumat, tutorial adobe dan membaca blog rakan-rakan. Tak dilupakan juga aktiviti men'download' movie yang menarik apatah lagi internet pada ketika ini sangat laju. Maklumlah, dah ramai pelajar pulang untuk bercuti. Sekarang penulis sedang men'download' cerita yang amat menarik iaitu filem 2012.


Penulis ada la melihat preview atau trailer filem ni. Filem ini mengisahkan tentang keadaan bumi ketika menjelang 2012 dimana menurut kalender orang mayan (orang mana ni ye?) pada tahun tersebut akan berlakunya kiamat. maka berlakulah segala bencana alam dan manusia pun melarikan diri mereka dan bersembunyi di tempat yang selamat. Ending untuk filem ni tak pasti apa dia, tapi penulis boleh agak yang watak utama dia mesti survive sehingga tamat cerita...hahahaha!

Ramai sahabat penulis yang dah menonton filem ni di wayang. Mereka kata filem ni memang best (tu yang penulis dok download ni). Harap-harap apa yang dikatakan oleh mereka tu betul..kalau tak buat tenaga dan masa je penulis download filem ni.

Bila bercerita tentang hari kiamat ni, ada persoalan yang tiba-tiba mucul di dalam kepala penulis. Persoalannya:

"betulkah kiamat dah dekat?"
"adakah aku sudah sedia untuk menghadapi hari kiamat?"

bila terfikir je perkara ni, bulu roma meremang, jantung berdegup kencang bak terkena tarchycardia.Perasaan takut bukan kepalang.
sudah bersedia kah kita menghadapi hari kiamat?

Kalau betul lah 2012 itu hari kiamat, sudahkah kita bersedia dengan bekalan kita? Masalahnya kalau 2012 itu hari kiamat, kita masih ada masa lagi untuk beribadah dan bertaubat. Tapi seperti yang kita tahu hari kiamat tu bukanlah dalam skop pengetahuan kita, dengan kata lain kita tak tahu bila ia akan berlaku. mungkin pada 2012, mungkin selepas 2012 atau LEBIH AWAL dari 2012. Mungkin sahaja kiamat akan berlaku pada esok hari ataupun berlaku selepas sahaja penulis menaip 'post' ni. siapa tahu?

jadi kebarangkalian kiamat tu akan berlaku pada masa yang terdekat ni amat tinggi kerana sudah banyak tanda-tanda awal kiamat telah pun muncul dengan jelas sekali. Jadi sepatutnya kita harus ada perasaan takut dan sekarang ini sepatutnya kita banyak melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran, bertaubat dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, ramai lagi yang masih alpa, mengejar dunia yang sia-sia dan lupa pada tuhan.

ketahuilah bahawa bila berlakunya hari kiamat tu, segala taubat sudah tidak diterima lagi. Semua manusia akan mati bila berlakunya kiamat, tiada seorang pun yang terselamat atau dapat menyelamatkan diri seperti mana yang ditunjuk di dalam filem.

Jadi sama-sama kita renungkan. Berubahlah/ berhijrahlah kepada keadaan yang lebih baik. Moga-moga kita akan mendapat tempat di syurga kelak..insya-allah.


0 comments:

Post a Comment