kami sebenarnya sedang dalam perjalanan ke kuantan untuk program Ihya' ramadhan di masjid sultan Ahmad 1 (masjid negeri Pahang). Perjalanan kami memakan masa lebih kurang tujuh jam (10.30 malam hingga 5.50 pagi). Untuk program ini, kami akan menetap di dalam masjid negeri tersebut selama 2 hari satu malam. Para peserta juga terdiri daripada pelajar ipt dan juga ada penyertaan dari masyarakat luar.
Program Ihya Ramadhan ini menyajikan banyak aktivit yang menarik. Antaranya ialah ceramah berkenaan fiqh puasa, qiamulai berjemaah, iftar, sahur, solat tarawih dan sebagainya. ceramah berkaitan fiqh puasa disampaikan oleh ustaz saifullizan, seorang ustaz yang berpengalaman dan juga pernah menuntut ilmu di mesir. Banyak juga permasalahan berkaitan puasa dibincangkan.
Penulis berasa kagum dengan pihak pengurusan masjid negeri Pahang ni dimana mereka memastikan yang masjid negeri ini hidup dengan aktivit2 yang berfaedah untuk masyarakat. Masjid ini juga tak pernah lekang dari kunjungan masyarakat seolah-olah masjid ini kawasan tarikan yang istimewa. Apa yang menarik perhatian penulis ialah ketika waktu berbuka puasa. Di hadapan masjid terdapat padang dan bazar Ramadhan. Ketika hampir untuk waktu berbuka, orang ramai yang baru sahaja membeli-belah di bazar ramadhan itu terus duduk di padang seolah-olah sedang berkelah menunggu waktu berbuka tiba. Memang menarik sekali.
0 comments:
Post a Comment